Sunday 2 November 2014

Resepi 6: Sup Tulang Jangan Pandang Belakang Chef Amer

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Alhamdulillah.. Niza dah cuba resepi yang di kongsi oleh Kak Azlita Masam Manis. Resepi ni Kak Ita dapat dari chef yang tersohor di Malaysia, Chef Amer.. 

Sebenarnya, hari ini Niza dengan jiran-jiran adakan potluck.. Sembang  dengan jiran,Kak Sumi minggu lepas cakap dalam peti ais ada tulang,perut dan lidah dapat masa raya korban aritu.. Dia bagi cadangan kami buat makan-makan.. Main dish untuk potluck kami nasi dan sup tulang.. Niza jadi tuan rumah.. Ada 5 family yang boleh join potluck kami.. Penuh jugak la rumah bila dah ramai..
Sedap betul bila makan berhidang,ramai-ramai pulak tu tak sedar nasi bertambah 2-3 pinggan..

Terima kasih jiran-jiran sebab sudi datang.. Terima kasih juga sebab bawa makanan.. Ada ikan goreng,kari ikan,sambal belacan.. Walaupun simple menu kita tapi bila makan bersama sedap dia lain macam.. Hahaha
Sebagai penutup potluck kami tadi kami pekena kopi O cap hang tuah dan bubur asyura utara style..

Resepi dari blog Kak Azlita masam manis hasil perkongsian dari Chef Amer.. Terima kasih Chef Amer dan Kak Azlita Masam Manis.. Kalau ada yang nak lebih details tentang bahan-bahan yang digunakan boleh la tengok blog Kak Azlita Masam Manis. Siap ada panduan bergambar lagi.. 

Mohon izinkan Niza tepek resepi di sini pulak untuk rujukan buat sup tulang raya korban tahun depan.. Niza buat masih menggunakan semua bahan yang sama tapi sukatan Niza adjust sikit sebab tulang Niza dekat 3kg..


SUP TULANG JANGAN PANDANG BELAKANG
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah
Adaptasi dari blog Kak Azlita Masam Manis

Resepi asal Chef Amer menggunakan sukatan untuk 40 kg tulang lembu. Untuk resepi ini ita dah kurangkan kepada sukatan untuk 1 kg tulang lembu sahaja.

1 kg tulang lembu ~ cuci bersih, Niza rebus dahulu tulang hingga empuk guna periuk Noxxa Amway..Masa merebus tulang jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup.
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar di hiris
1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar 
air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
1 batang lobak merah ~ di dadu
2 biji kentang ~ di dadu
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek

Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah , bawang putih dan halia kisar sekali.
Lobak, celery dan leek kisar sekali
Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti. 
Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
Tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing
Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak
Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus.
Masak lagi hingga garing
Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh campur air untuk jadikan pes.
Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk.
Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang.
Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil
Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
Tutup api dan sedia di hidangkan.




No comments:

Post a Comment