Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Dua tiga hari ni perut rasa tak sedap je.. Start dari hari Ahad pergi kenduri tengah hari, malam on the way balik singgah kedai makan untuk dinner.. Tengah malam perut punya memulas tak lena tidur.. 7-8 kali ulang alik toilet.. Adoiiii.. Tak tau silap makan apa.. Food poisoning.. Cuma tak la muntah-muntah.. Cirit-birit ajer..
Isnin dah tak pergi kerja.. Ambik mc pun tak.. Tak larat nak menunggu.. Ambik El jer.. Tapi hari ni perut masih meragam terpaksa jugak ke klinik. Sabar la 2-3 jam sementara nak settle.. Huhu
Nak share resepi pekasam ni aje hari ni.. Dah lama goreng pekasam ni.. Dah tak ada stok pun dalam fridge..
Nak masak bubur kot yang lembut-lembut hari ni.. Sakit kan penghapus dosa.. Moga2 Allah ampunkan dosa Niza yang sebanyak buih-buih di lautan.. Ya Allah ampunilah hambamu yang kerdil ni... Amin
Pekasam
1 ekor ikan pekasam
1 biji bawang merah
2 batang cili merah
Cara-caranya:
Goreng ikan pekasam dengan minyak sederhana banyak,dah masak ketepikan.
Hiris bawang merah dan cili goreng dalam bekas gorengan ikan tadi.. Dah layu tabur atas pekasam.. Sedap makan dengan nasi panas..
No comments:
Post a Comment