Thursday 6 November 2014

Resepi 11: Roti Kacang Merah.. Sabar je la..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Roti kacang merah ni buat mlm rabu lepas.. Lepas dah settle dinner kami yang sangat sederhana ( Nasi Goreng Udang) dan selesai kemas dapur, rehat-rehat atas sofa tetiba teringat nk buat roti bekal untuk suami dan anak-anak esok pagi..

Pkl 9:30 malam baru start meroti.. Keluarkan inti kacang merah yang ada baki dalam peti ais.. Sukat tepung.. Puas menguli rehatkan pulak doh dekat 1/2jam.. Pukul-pukul keluarkan angin bentuk pulak doh bulat-bulat berat 55gm sebijik..
Sudahnya, dh pkl 12mlm masih dok mengadap roti ni.. Huhuhu


Suami dengan anak-anak semua pakat naik atas masuk bilik. Tinggal la Niza sorang melayan oven.. Nak tunggu naik 2 kali ganda la, nk tunggu kembang lagi.. Bakar dlm oven 20minit, tunggu sejuk atas redai.. Adoiii, panjangnya proses.. Lain kali x mau dah buat giler meroti malam- malam.. 

Esok pagi nak bangun awal keje lagi.. Rasa macam nak surrender dah.. Mata mengantuk sangat-sangat.. Suami pun sound, yang rajin bebenar malam-malam ni apa hal.. Hihihi.. Mcm nk bubuh doh dlm peti ais pun ada.. Esok jer buat tp tak pernah la pulak buat.. Dlm hati blh ke buat camtu?? Gagah jugak siapkan roti ni.. Tak kira, bagi jadi jugak.. Dah alang-alang buat.. Sudahnya, dekat pukul 1 baru siap.. Roti tu suam2 pun terus masuk tupperware.. Tak sanggup nk tunggu betul2 sejuk.. 

Alhamdulillah.. Dapat kami sekeluarga makan homemade roti pagi ni.. Sendiri  bagi tabik hormat kat diri sebab gigih menyiapkan.. 
Resepi kredit pada kak Rosmalina Jintanmanis. Terima kasih sebab share resepi yang memang menjadi.. Gebu je roti ni naik.. Tapi Niza memang tak boleh sabar, cukup 1/2jam terus bulat-bulatkan bentuk doh.. Di sebabkan dh lewat malam tak kuasa nak bentuk bunga ke, pintal- pintal ke.. Buat bulat-bulat,bubuh inti.. Inti pun ada sikit,dapat la dalam 6 biji yang lain- lain kosong, ala-ala roti manis gitu..

Pada yang nak mencuba Niza letak resepi di bawah dengan sedikit pengubahsuaian. Jangan lupa dapatkan tips meroti dari blog jintanmanis ye..

Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya:
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
( niza guna semua tepung gandum- 350gm)

2 sudu besar susu tepung@skim milk

3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam

1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Inti kacang merah

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari. setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.





No comments:

Post a Comment