Saturday 15 November 2014

Resepi 17: Kek Kelapa Hujan Panas

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Selamat berhujung minggu.. Salam Sabtu semua.. Hari ni nak upload resepi yang sedap.. Kek kelapa hujan panas.. Sebab apa hujan panas?? Sebab warnanya ala-ala nasi kenduri hujan panas tu.. Alhamdulillah,sedap sangat..

Kek ni buat mlm tadi setelah angin rajin tetiba datang.. Pkl 11 malam baru terasa nk bancuh kek. Pkl 12:30 kek selamat keluar oven.. Mlm tadi kira overtime la.. Tidur pun lewat. 


Resepi ambik dari fb Chef Khairi Mansor. Chef Khairi terkenal dengan kelas aneka roti. Terima kasih chef sebab share resepi. Halalkan resepinya.. Niza panjangkan di blog Niza untuk sesiapa yang ingin mencuba...

Untuk resepi ni, Niza baru perasan yang Niza salah tengok resepi.. Dah siap baru perasan.. Huhu.. Menangis tak berlagu.. Sukatan tepung tu  sepatutnya 1 cawan tepung gandum + 1/2 cawan self rising flour.. Niza cuma bubuh 1 cawan tepung gandum dan campurkan dengan 1 st baking powder.. Patutnya 1 1/2 cawan tepung gandum la guna.. Tambah baking powder 1 sudu teh.. Boleh pulak terlupa nk tambah tepung.. Niza rasa lain kali kena kurangkan esen rose tu dari 1 sudu besar kepada 1 sudu kecil sahaja.. Niza kurang minat dengan rasa ros yang agak kuat..  Mungkin sebab kurang tepung kek Niza rasa agak manis.. Ke sebab kurang tepung menyebabkan esen ros tu rasa kuat sangat?? Adoiii.. But still kek kelapa ni rasa sedap sangat.. Cuma kali ni agak manis dengan rasa ros yang agak kuat..

Silalah cuba resepi ni dengan sukatan yang betul. Boleh jadi rasanya sangat wow... Resepi seperti di bawah... Selamat mencuba!!



Kek Kelapa Hujan Panas
Bahan-bahan:
1 cawan gula kastor
1 cawan marjerin/butter
3 biji telur gred B
1 tbs esen ros
1 tbs susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan kelapa kering ( warnakan merah dan hijau)
Pewarna kuning

Cara- caranya:
1. Pukul gula dengan marjerin hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul
3. Masukkan esen ros dan susu pekat
4. Masukkan tepung dan kacau rata bersama sedikit pewarna kuning
5. Masukkan kelapa kering yang telah diwarnakan dan gaul sebati
6. Tuang dalam loyang 8" yang telah dilanser dan dilapik kertas minyak
7. Bakar suhu 170•C selama 35-45 minit




No comments:

Post a Comment