Saturday 2 May 2015

Resepi 31: Roti sosej

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah.. Cuti panjang weekend ni sempena hari pekerja sambung dengan wesak day.. 4 hari cuti.. Yahooo

Kami tak ada plan nak ke mana-mana memandangkan next week bajet nk turun ke kl.. Ada family gathering keluarga belah suami.. Tengok betul2 buat kat rumah siapa?? Risik punya risik rupa-rupanya suami kiranya pangkat 2 pupu dengan Puan Sri Asbi wife Mat Taib.. Yang paling kelakar, bila dapat undangan Niza terus tanya en google mcm mana rupa Mat Taib ex MB Selangor.. Nak serbu rumah org kena la pakai helmet, ye tak??
Plan nk ke KL pergi pesta buku terkubur la akhirnya.. 2 kali weekend berturut-turut turun KL parah la poket.. Tak mampu.. Nak kena ada duit seguni baru boleh.. Hehe

Basically, this is what I managed to bake during last long weekend.. Chewahhhh

Meroti di malam hari.. 1st May memang betul2 productive day.. Niza masak lunch (sup sayur, paprik ayam, salted egg) dan minum petang pulak buat cucoq jagung.. Mlm Niza meroti.. Dengan tepung 1/2kg puas kami makan roti.. Roti kacang merah memang feveret suami so memang wajib buat la kan?? Hihi selebihnya buat sosej bun untuk anak-anak.. 
Jom semak resepi pada yang nak mencuba.. Sedap,lembut.. Gigih la korang menguli kalau takde breadmaker ye..

Basic bun recipe
210ml air
40gm butter
40gm shortening
1biji telur
1st garam
500gm tepung roti
100gm gula kastor
1tbsp yis
2tbsp susu tepung

Cara-caranya: 
Masukkan bahan-bahan ikut turutan di atas dari air hingga susu tepung dalam bekas. Uli doh hingga elastik. Biarkan sebentar sehingga doh kembang. Tumbuk-tumbuk buang angin. Bentukkan doh dah isi filling yang disukai. Biarkan doh selama 45 minit naik 2-3 kali ganda.. Bakar pada suhu 170•C 20 minit mengikut oven masing-masing.

Selamat meroti!!!