Friday 19 December 2014

Resepi 29: Ketam Kam Heong

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..


Alhamdulillah.. Niza baru balik dari lawatan ke Sarawak dengan kawan-kawan sekerja selama 3 hari dari 16-18 Disember.. Rombongan sekolah melawat Sek Men Sains Kuching.. Walaupun suami orang Sarawak tetapi kunjungan bersama rakan sekerja lain suasananya.. Pemergian kami bersama ejen perlancongan memberi pengalaman baru pada Niza. Bercuti sendiri dengan menggunakan khidmat ejen perlancongan memang berbeza. Setiap inci asal usul Sarawak diceritakan oleh Aishah, pemandu pelancong kami..

Badan masih terasa letih dengan 3 hari jadual yang padat.. Penat kaki melangkah setiap ceruk kedai yang di jelajah memerlukan rehat yang banyak..
Lain kali Niza ceritakan kisah percutian Sarawak. Hari ini Niza nak kongsi resepi Ketam Kam Heong.. Resepi hasil google dapat dari blog Chef Gunawan.. 

Jangan tak percaya ketam ni Niza beli dari Sarawak.. Gigih mengusung naik flight.. Beli di Kubah Ria.. Disebabkan murah dan fresh Niza tergoda juga untuk membeli.. Sekilo RM20 sahaja.. Besar-besar pulak tu.. Dapat 4 ekor semuanya..
Niza juga beli udang kertas.. Sekilo RM30.. Mana nak dapat harga macam tu kat Penang ni.. Sanggup berbondong- bondong bawa masuk dalam Air Asia.. Gigih tak?? Hehe..


Walaupun rasa penat tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan.. Dinner kami tadi.. Habis ketam di ratah.. Puas makan.. Mak dengan abah makan bersama.. Niza juga masak udang salted egg tapi resepi udang nanti next post ok..
Sedap resepi ketam ni.. Kepada yang nak cuba resepi seperti di bawah..


Ketam kam heong
Rujukan: chef gunawan

Bahan-bahan:

3- 4 ekor ketam - anggaran 1kg
6 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus
2 1/2 sudu besar udang kering-tumbuk 
2 sudu besar serbuk kari

3 tangkai daun kari
5 tangkai cili padi -  dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam yang dikisar
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

minyak masak


Cara Membuat:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Tambah udang kering dan goreng sehingga udang masak.
4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
5. Tambah sos tiram serta lada hitam dan gaul sebati, masukkan 1/2 cawan air biar mereneh
6. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
7. Perasakan dengan garam dan gula.masak hingga kuah pekat,jika anda suka garing tidak perlu letak air.
8. Hidangkan segera.

Thursday 11 December 2014

Resepi 28: Mission Wraps.. Walla..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

 
Mission wraps untuk dinner kami.. Sedap sangat ala-ala kfc golden wraps.. Isi boleh dipelbagaikan.. Yang ni Niza bubuh isi ayam.. Ambik bahagian dada yang isi banyak tu.. Potong kecik-kecik.. Niza perap dengan bbq sos heinz.. Tambah oregano,lada hitam, sos tiram.. Perap dlm 10 minit lepas tu goreng.. 


Ini antara bahan yang digunakan.. Boleh tambah ikut suka.. Stok yg dlm fridge tu apa yg bersesuaian boleh guna.. Anak-anak makan sorang satu pun tak cukup.. Budak2 makin membesar makan tengah lalu.. Lelaki pulak tu.. Ringkas tapi sangat mengenyangkan (kalau makan 2 la..)hihi

 
Niza panaskan wraps sekejap dalam pan.. Letak cheese, salad, isi ayam.. Curahkan mayonis dan sos cili.. Lepas dah lipat niza letak sekejap dalam pan bg cheese mencair.. Ala-ala gam nanti cheese tu so wraps kita melekat tak terbukak terkeluar isi.. Anak-anak tak pandai pegang elok-elok tu yg Niza panaskan sekejap atas pan..

Boleh la dinikmati.. Memang sedap.. Cubalah anda pasti tergoda.. Healthy food la katakan.. Senang dan mudah.. Dapur tak bersepah merecik minyak.. Haha

Malam tadi dapat lena awal.. 

Tuesday 9 December 2014

Resepi 27: Bengkang Labu..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Bengkang labu yang sangat sedap.. Tak sempat sejuk panas-panas dah di potong.. Tetamu jemputan pun kebetulan dah sampai.. Mak dengan abah yang duduk berhampiran la tetamu istimewa Niza.. Mana boleh tunggu lagi.. Makan bengkang panas-panas dengan teh O dalam sejuk suasana selepas hujan memang heaven jer.. 

Resepi dari dapur Kak Sheila Journey spice.. Memang sedap dan menjadi.. Niza cuma kurangkan sukatan serbuk kulit kayu manis dari 1 sudu teh pada 1/4 sudu teh sahaja.. Bimbang bengkang tak mendapat sambutan kalau terasa rempah sangat.. Semua resepi-resepi dalam blog ni boleh dikatakan semua resepi percubaan Niza.. Blog ni kira jurnal masakan Niza untuk rujukan akan datang.. 

Resepi seperti di bawah.. Yang nak cuba dipersilakan.. Memang sedap dan tak mengecewakan.. Selamat mencuba!!

Bengkang labu
Spice journey shila

BAHAN BAHAN :

500 gm Buah Labu Kuning
1 cawan Tepung Gandum
2 sudu besar Tepung Jagung
300 gm Susu Ideal
100 ml Santan Pekat/Kotak Ayam brand
4 biji Telur Size A
3/4 cawan Gula Kaster
1/2 cawan Butter
1/4 sudu kecil Garam Halus
1 sudu kecil Serbuk Kulit Kayu Manis
2 helai daun Pandan
1 sudu kecil Vanilla ekstract/essence
Sedikit Sunflower Seeds dan Bijan- Niza bubuh bijan sahaja
2-3 titis Pewarna Kuning Telur

Rebus labu yang telah dibuang kulitnya dengan daun pandan hingga empuk. Toskan air rebusan tadi, sejukkan sebentar dan dilecek sedikit.

Panaskan oven pada suhu 160 C selama 10-20 minit dan griskan sesiap bekas pilihan yang bersesuaian untuk membakarnya. 
Satukan semua bahan diatas dan gaul rata. Kemudian diblend jer dalam blender hingga sebati. Tuangkan ke dalam bekas atau loyang dan bakar pada suhu 160 C atau mengikut kapasiti oven memasing selama 15-20 minit dulu. Keluarkan sebentar dan taburkan di atasnya biji labu dan bijan tu. Selepas itu teruskan membakar selama 45 minit atau sehingga masak. Kalau suka kelilingnya lebih garing boleh ditambah sedikit masa membakarnya. Apabila sudah masak, sapuakan dengan sedikit butter atau margerin di atas permukaan bengkang itu. Sejukkan dulu yer sebelum dipotong.

Monday 8 December 2014

Resepi 26: Potato Fritters.. Nak jugak..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Minggu kedua di bulan Disember.. Minggu pertama Niza lalui dengan jayanya. Minggu pertama yang sangat meletihkan.. 

Sepanjang minggu lepas Niza terpaksa balik ke rumah lunch time menguruskan suami yang kena demam campak.. Penat rasa badan bila balik memasak setiap hari sambil menguruskan hal rumah.. Bila suami sakit ni terasa sangat betapa pentingnya dia kepada kami.. Kebetulan Alif start masuk sekolah 1 Disember lepas.. Sengaja kami hantar awal sebulan sebagai persediaan sesi persekolahan 2015 nanti.. Dari hal bangun pagi mandikan,hantar ke sekolah, ambik pulak habis sekolah pukul 12,pergi hantar dan ambik dari mengaji, basuh kain,sidai kain, memasak, kemas rumah semua Niza uruskan.. Tenaga suami memang sangat-sangat diperlukan.. Terima kasih sebab banyak menolong meringankan beban tugasan di rumah sebelum ini.. Alhamdulillah, suami sudah semakin sihat. Masih banyak lagi bintik-bintik di muka dan badan cuma dia dah tak demam.. Banyak kerja rumah dah boleh dia tolong siapkan.. Kalau Niza seorang memang tak mampu nak buat semua.. Memasak dan mengemas dapur saje dah cukup melelahkan bila balik kerja tambahan nak menguruskan kain baju dan rumah.. Syukur Ya Allah.. Kau memberi kesembuhan..

Ok lah, dah banyak merapu luahan perasaan hari ini.. Tapi memang betul, hikmah dari suami sakit Niza lebih menghargai pasangan.. Banyak kebaikan-kebaikan yang walaupun kecil tapi bila dia tak lakukan terasa besar pada kita.. Terima kasih Allah atas pengajaran ni..

Potato fritters.. Yang popular di alam maya.. Permintaan orang sakit yang teringin nak makan.. Jom kita layan resepi..


Potato Fritters
2 biji kentang
1 biji telur
1 biji bawang besar
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan ikan bilis
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit daun bawang
Hirisan lobak
1 cawan air panas

Cara-caranya:
Campur semua bahan dan gaul sebati
Cedok sesudu demi sesudu dalam minyak dalam kuali yang sudah panas
Sedap dinikmati dengan sos pilihan
Enjoyyy...




Resepi 25: Bubur Nasi.. Untuk Orang Sakit

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Bubur nasi buat orang sakit.. Semalam,officially Encik Suami demam campak.. Hari Sabtu walaupun dia tak berapa sihat sempat lagi kami keluar ke Aeon Bkt Mertajam.. Niza shopping sikit-sikit baju seluar untuk ke Sarawak nanti.. Sarawak?? Niza ada rombongan sekolah ke Sarawak 16-18/12/2014.. Excited la jugak nak berjalan dengan kawan sekerja.. Ehhh, cerita Sarawak nanti Niza update bila sampai masanya.. Hihihi

Lepas ke Aeon kami singgah pulak Tesco beli barang rumah.. Terima kasih darling sebab melayan Niza dengan anak-anak walaupun nampak sangat tak laratnya..
 Ahad, jiran sebelah rumah buat kenduri anaknya bersunat.. Kami seharian menolong apa yang patut kat sana.. Malam Ahad suami dah start demam panas dan badan mula keluar bintik-bintik kecil berair.. Dan semalam, Encik Suami dapat Mc 5 hari kerana demam campaknya.. Orang tua kena campak lagi teruk dari budak-budak.. Dah la keluar banyak, rapat- rapat pulak tu.. Dekat muka yang paling ngeri tengok.. Sabarlah sayang, sakit kan penghapus dosa.. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.. Amin

Jom la semak resepi ringkas Niza ni.. Bahan disesuaikan untuk orang demam campak..

Bubur Nasi
1 pot beras
3 cawan air
2 sb puree karot+celery+ leak
1/2 biji carrot potong dadu
Sedikit daun bawang
Sedikit lobak masin-cincang kecil
1 kiub pati ikan bilis
1 inci halia

Cara-caranya:
Rebus semua dalam periuk sehingga beras kembang..
Hidangkan dengan ikan bilis goreng 

Get well soon my dear darling!!!

Tuesday 2 December 2014

Resepi 24: Lempeng Kelapa..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Sekarang ni tiap-tiap hari on the way balik kerja hujan lebat.. Hari-hari balik dalam kebasahan.. Sejuk-sejuk hujan mood nak memasak pun kurang.. Suami pun minggu ni agak sibuk di opis dengan training so selalu ada jamuan makan setiap petang..

Lempeng pekak untuk dinner kami. Sedap dinikmati bersama sambal tumis ikan bilis dan sambal sardin.. Sambal sardin dan sambal ikan bilis ni belen dari menu-menu yang lepas.. Niza memang selalu kalau masak sambal ikan bilis buat agak banyak.. Berbagai jenis menu boleh diolah dengan   adanya sambal ikan bilis..

Lempeng Kelapa
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
2 cawan air
1 biji telur
Sedikit garam

Cara:caranya:
Campur semua bahan dalam bekas. Masak dalam non-stick pan.. Lenser sikit dengan minyak.. 

Sorang 2 keping pun dah cukup kenyang.. Alhamdulillah..