Friday 19 December 2014

Resepi 29: Ketam Kam Heong

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..


Alhamdulillah.. Niza baru balik dari lawatan ke Sarawak dengan kawan-kawan sekerja selama 3 hari dari 16-18 Disember.. Rombongan sekolah melawat Sek Men Sains Kuching.. Walaupun suami orang Sarawak tetapi kunjungan bersama rakan sekerja lain suasananya.. Pemergian kami bersama ejen perlancongan memberi pengalaman baru pada Niza. Bercuti sendiri dengan menggunakan khidmat ejen perlancongan memang berbeza. Setiap inci asal usul Sarawak diceritakan oleh Aishah, pemandu pelancong kami..

Badan masih terasa letih dengan 3 hari jadual yang padat.. Penat kaki melangkah setiap ceruk kedai yang di jelajah memerlukan rehat yang banyak..
Lain kali Niza ceritakan kisah percutian Sarawak. Hari ini Niza nak kongsi resepi Ketam Kam Heong.. Resepi hasil google dapat dari blog Chef Gunawan.. 

Jangan tak percaya ketam ni Niza beli dari Sarawak.. Gigih mengusung naik flight.. Beli di Kubah Ria.. Disebabkan murah dan fresh Niza tergoda juga untuk membeli.. Sekilo RM20 sahaja.. Besar-besar pulak tu.. Dapat 4 ekor semuanya..
Niza juga beli udang kertas.. Sekilo RM30.. Mana nak dapat harga macam tu kat Penang ni.. Sanggup berbondong- bondong bawa masuk dalam Air Asia.. Gigih tak?? Hehe..


Walaupun rasa penat tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan.. Dinner kami tadi.. Habis ketam di ratah.. Puas makan.. Mak dengan abah makan bersama.. Niza juga masak udang salted egg tapi resepi udang nanti next post ok..
Sedap resepi ketam ni.. Kepada yang nak cuba resepi seperti di bawah..


Ketam kam heong
Rujukan: chef gunawan

Bahan-bahan:

3- 4 ekor ketam - anggaran 1kg
6 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus
2 1/2 sudu besar udang kering-tumbuk 
2 sudu besar serbuk kari

3 tangkai daun kari
5 tangkai cili padi -  dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam yang dikisar
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

minyak masak


Cara Membuat:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Tambah udang kering dan goreng sehingga udang masak.
4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
5. Tambah sos tiram serta lada hitam dan gaul sebati, masukkan 1/2 cawan air biar mereneh
6. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
7. Perasakan dengan garam dan gula.masak hingga kuah pekat,jika anda suka garing tidak perlu letak air.
8. Hidangkan segera.

Thursday 11 December 2014

Resepi 28: Mission Wraps.. Walla..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

 
Mission wraps untuk dinner kami.. Sedap sangat ala-ala kfc golden wraps.. Isi boleh dipelbagaikan.. Yang ni Niza bubuh isi ayam.. Ambik bahagian dada yang isi banyak tu.. Potong kecik-kecik.. Niza perap dengan bbq sos heinz.. Tambah oregano,lada hitam, sos tiram.. Perap dlm 10 minit lepas tu goreng.. 


Ini antara bahan yang digunakan.. Boleh tambah ikut suka.. Stok yg dlm fridge tu apa yg bersesuaian boleh guna.. Anak-anak makan sorang satu pun tak cukup.. Budak2 makin membesar makan tengah lalu.. Lelaki pulak tu.. Ringkas tapi sangat mengenyangkan (kalau makan 2 la..)hihi

 
Niza panaskan wraps sekejap dalam pan.. Letak cheese, salad, isi ayam.. Curahkan mayonis dan sos cili.. Lepas dah lipat niza letak sekejap dalam pan bg cheese mencair.. Ala-ala gam nanti cheese tu so wraps kita melekat tak terbukak terkeluar isi.. Anak-anak tak pandai pegang elok-elok tu yg Niza panaskan sekejap atas pan..

Boleh la dinikmati.. Memang sedap.. Cubalah anda pasti tergoda.. Healthy food la katakan.. Senang dan mudah.. Dapur tak bersepah merecik minyak.. Haha

Malam tadi dapat lena awal.. 

Tuesday 9 December 2014

Resepi 27: Bengkang Labu..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Bengkang labu yang sangat sedap.. Tak sempat sejuk panas-panas dah di potong.. Tetamu jemputan pun kebetulan dah sampai.. Mak dengan abah yang duduk berhampiran la tetamu istimewa Niza.. Mana boleh tunggu lagi.. Makan bengkang panas-panas dengan teh O dalam sejuk suasana selepas hujan memang heaven jer.. 

Resepi dari dapur Kak Sheila Journey spice.. Memang sedap dan menjadi.. Niza cuma kurangkan sukatan serbuk kulit kayu manis dari 1 sudu teh pada 1/4 sudu teh sahaja.. Bimbang bengkang tak mendapat sambutan kalau terasa rempah sangat.. Semua resepi-resepi dalam blog ni boleh dikatakan semua resepi percubaan Niza.. Blog ni kira jurnal masakan Niza untuk rujukan akan datang.. 

Resepi seperti di bawah.. Yang nak cuba dipersilakan.. Memang sedap dan tak mengecewakan.. Selamat mencuba!!

Bengkang labu
Spice journey shila

BAHAN BAHAN :

500 gm Buah Labu Kuning
1 cawan Tepung Gandum
2 sudu besar Tepung Jagung
300 gm Susu Ideal
100 ml Santan Pekat/Kotak Ayam brand
4 biji Telur Size A
3/4 cawan Gula Kaster
1/2 cawan Butter
1/4 sudu kecil Garam Halus
1 sudu kecil Serbuk Kulit Kayu Manis
2 helai daun Pandan
1 sudu kecil Vanilla ekstract/essence
Sedikit Sunflower Seeds dan Bijan- Niza bubuh bijan sahaja
2-3 titis Pewarna Kuning Telur

Rebus labu yang telah dibuang kulitnya dengan daun pandan hingga empuk. Toskan air rebusan tadi, sejukkan sebentar dan dilecek sedikit.

Panaskan oven pada suhu 160 C selama 10-20 minit dan griskan sesiap bekas pilihan yang bersesuaian untuk membakarnya. 
Satukan semua bahan diatas dan gaul rata. Kemudian diblend jer dalam blender hingga sebati. Tuangkan ke dalam bekas atau loyang dan bakar pada suhu 160 C atau mengikut kapasiti oven memasing selama 15-20 minit dulu. Keluarkan sebentar dan taburkan di atasnya biji labu dan bijan tu. Selepas itu teruskan membakar selama 45 minit atau sehingga masak. Kalau suka kelilingnya lebih garing boleh ditambah sedikit masa membakarnya. Apabila sudah masak, sapuakan dengan sedikit butter atau margerin di atas permukaan bengkang itu. Sejukkan dulu yer sebelum dipotong.

Monday 8 December 2014

Resepi 26: Potato Fritters.. Nak jugak..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Minggu kedua di bulan Disember.. Minggu pertama Niza lalui dengan jayanya. Minggu pertama yang sangat meletihkan.. 

Sepanjang minggu lepas Niza terpaksa balik ke rumah lunch time menguruskan suami yang kena demam campak.. Penat rasa badan bila balik memasak setiap hari sambil menguruskan hal rumah.. Bila suami sakit ni terasa sangat betapa pentingnya dia kepada kami.. Kebetulan Alif start masuk sekolah 1 Disember lepas.. Sengaja kami hantar awal sebulan sebagai persediaan sesi persekolahan 2015 nanti.. Dari hal bangun pagi mandikan,hantar ke sekolah, ambik pulak habis sekolah pukul 12,pergi hantar dan ambik dari mengaji, basuh kain,sidai kain, memasak, kemas rumah semua Niza uruskan.. Tenaga suami memang sangat-sangat diperlukan.. Terima kasih sebab banyak menolong meringankan beban tugasan di rumah sebelum ini.. Alhamdulillah, suami sudah semakin sihat. Masih banyak lagi bintik-bintik di muka dan badan cuma dia dah tak demam.. Banyak kerja rumah dah boleh dia tolong siapkan.. Kalau Niza seorang memang tak mampu nak buat semua.. Memasak dan mengemas dapur saje dah cukup melelahkan bila balik kerja tambahan nak menguruskan kain baju dan rumah.. Syukur Ya Allah.. Kau memberi kesembuhan..

Ok lah, dah banyak merapu luahan perasaan hari ini.. Tapi memang betul, hikmah dari suami sakit Niza lebih menghargai pasangan.. Banyak kebaikan-kebaikan yang walaupun kecil tapi bila dia tak lakukan terasa besar pada kita.. Terima kasih Allah atas pengajaran ni..

Potato fritters.. Yang popular di alam maya.. Permintaan orang sakit yang teringin nak makan.. Jom kita layan resepi..


Potato Fritters
2 biji kentang
1 biji telur
1 biji bawang besar
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan ikan bilis
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit daun bawang
Hirisan lobak
1 cawan air panas

Cara-caranya:
Campur semua bahan dan gaul sebati
Cedok sesudu demi sesudu dalam minyak dalam kuali yang sudah panas
Sedap dinikmati dengan sos pilihan
Enjoyyy...




Resepi 25: Bubur Nasi.. Untuk Orang Sakit

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Bubur nasi buat orang sakit.. Semalam,officially Encik Suami demam campak.. Hari Sabtu walaupun dia tak berapa sihat sempat lagi kami keluar ke Aeon Bkt Mertajam.. Niza shopping sikit-sikit baju seluar untuk ke Sarawak nanti.. Sarawak?? Niza ada rombongan sekolah ke Sarawak 16-18/12/2014.. Excited la jugak nak berjalan dengan kawan sekerja.. Ehhh, cerita Sarawak nanti Niza update bila sampai masanya.. Hihihi

Lepas ke Aeon kami singgah pulak Tesco beli barang rumah.. Terima kasih darling sebab melayan Niza dengan anak-anak walaupun nampak sangat tak laratnya..
 Ahad, jiran sebelah rumah buat kenduri anaknya bersunat.. Kami seharian menolong apa yang patut kat sana.. Malam Ahad suami dah start demam panas dan badan mula keluar bintik-bintik kecil berair.. Dan semalam, Encik Suami dapat Mc 5 hari kerana demam campaknya.. Orang tua kena campak lagi teruk dari budak-budak.. Dah la keluar banyak, rapat- rapat pulak tu.. Dekat muka yang paling ngeri tengok.. Sabarlah sayang, sakit kan penghapus dosa.. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.. Amin

Jom la semak resepi ringkas Niza ni.. Bahan disesuaikan untuk orang demam campak..

Bubur Nasi
1 pot beras
3 cawan air
2 sb puree karot+celery+ leak
1/2 biji carrot potong dadu
Sedikit daun bawang
Sedikit lobak masin-cincang kecil
1 kiub pati ikan bilis
1 inci halia

Cara-caranya:
Rebus semua dalam periuk sehingga beras kembang..
Hidangkan dengan ikan bilis goreng 

Get well soon my dear darling!!!

Tuesday 2 December 2014

Resepi 24: Lempeng Kelapa..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Sekarang ni tiap-tiap hari on the way balik kerja hujan lebat.. Hari-hari balik dalam kebasahan.. Sejuk-sejuk hujan mood nak memasak pun kurang.. Suami pun minggu ni agak sibuk di opis dengan training so selalu ada jamuan makan setiap petang..

Lempeng pekak untuk dinner kami. Sedap dinikmati bersama sambal tumis ikan bilis dan sambal sardin.. Sambal sardin dan sambal ikan bilis ni belen dari menu-menu yang lepas.. Niza memang selalu kalau masak sambal ikan bilis buat agak banyak.. Berbagai jenis menu boleh diolah dengan   adanya sambal ikan bilis..

Lempeng Kelapa
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
2 cawan air
1 biji telur
Sedikit garam

Cara:caranya:
Campur semua bahan dalam bekas. Masak dalam non-stick pan.. Lenser sikit dengan minyak.. 

Sorang 2 keping pun dah cukup kenyang.. Alhamdulillah.. 


Wednesday 26 November 2014

Resepi 23: Nasi Lemak Seri Pandan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Hari ni nak tayang nasi lemak kukus buat malam tadi untuk dinner..


Set nasi lemak basic dengan sambal tumis ikan bilis, telur rebus, timun, kacang dan ikan bilis goreng.. Lauk extra Niza masak daging masak kicap sebagai pelengkap.. Sedap makan malam-malam.. Bertambah-tambah selera dengan bau wangi pandan.. Adoiiii memang tak diet dah camni.. Kevin Zahri dah bgtau betapa tak sihatnya makan nasi lemak, malam pulak tu.. Makan banyak lagi.. Hancusss.. Marah dia!!! hehe

 Kacang dengan ikan bilis goreng lupa pulak nak snap gambar..
 
Mesti semua orang dah teror masak nasi lemak ni.. Resepi tak yah share la ye..
Niza pun main agak-agak jer.. Apa-apa pun masak ikut selera kita.. Masak dengan ikhlas insyaAllah sedap..

Sampai jumpa lagi..

Tuesday 25 November 2014

Resepi 22: Karipap Ayam + Kentang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
 Karipap rangup untuk makan malam.. Karipap ni buat weekend aritu.. Niza frozen kan.. Malam semalam disebabkan ada bawak balik kuey teow goreng dan mee goreng jadinya Niza cuma goreng karipap je sebagai menu tambahan..
Cukup la untuk dinner kami 4 beranak.. Nak masak nasi masing-masing dah agak kenyang..

Jom layan karipap rangup mabeless ni.. Makan masa masih panas terasa kerangupannya..


Resepi seperti di bawah:

Karipap Ayam+Kentang
Pastri:
1 kg tepung gandum
300gm marjerin-panaskan
1 1/2 cawan air
7gm garam

Inti:
1 kg ubi kentang
200gm ayam kisar
2 ulas bawang putih
200gm bawang merah
60gm rempah kari daging
2 sb gula
1sb garam
Serbuk perasa
1/2 cawan minyak-untuk tumis
Daun kari
2-3sb cili blender/serbuk cili

Cara-caranya:
1. Tepung gandum gaul dengan marjerin panas jadi serbuk roti
2. Campurkan air dan garam dan uli menjadi doh
3. Canai doh mengikut saiz acuan dan bubuh inti
4. Goreng api sederhana sehingga warna keemasan.

Cara buat inti:
1. Kupas kulit kentang dan potong dadu
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih dan daun kari
3. Masukkan rempah kari.. Masak hingga pecah minyak~ tambah cili kisar 2-3sb kalau suka pedas
4. Masukkan kentang yang dipotong dan ayam kisar. Masak ayam dan kentang hingga kentang empuk
5. Perasakan garam,gula dan serbuk perasa sekiranya guna. Sejukkan sebentar sebelum digunakan.
 
Selamat mencuba..

Sunday 23 November 2014

Resepi 21: Kuih Keria

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Syukur dengan rezeki dari Allah.. Kuih keria untuk minum petang hari ini.. Kuih keria ni rasa kenyal- kenyal sikit.. Mungkin sebab ada tambah tepung ubi dalan adunan.. Selalu resepi hanya menggunakan tepung gandum tapi resepi ni ada tambah tepung ubi.. Niza ambik resepi dari blog Kak Azlita Masam Manis yang menurut Kak Ita dia ambik resepi dari Kak Wan Citarasawan.. Terima kasih pada Kak Ita dan Kak Wan..

Niza letak resepi kat sini pulak.. Pada yang nak rasa kelainan bolehla cuba resepi ni.. Niza doublekan resepi di bawah.. Alang- alang buat biar puas makan.. Hehe.. Dapat juga pulangkan pinggan jiran yang lama simpan.. 


KUIH KERIA

By: Kak Wan
Rujukan : Citarasawan

250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air

Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu
Bulatkan dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk

Thursday 20 November 2014

Resepi 20: Gulai Nangka Mabelesss

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Gulai nangka.. Sedap sangat makan lunch semalam... Bukan selalu ada dalam rumah ni resepi camni.. Sesekali buat sendiri makan bertambah-tambah.. Selalu beli ajer kat kedai makan 2-3 ketul... Seperiuk buat, puas makan..
Angin ke?? Takpa..takpa.. Sesekali makan buat ubat.. Hihihi

Masak lemak nangka ni Niza tambah isi ayam yang kebetulan ada sikit dalam fridge.. Bahagian dada ni memang selalu asingkan.. Kalau goreng tak berapa jalan dalam rumah ni.. Semua berebut bahagian tulang dan isi yang lembut-lembut.. Bahagian dada kalau masak halia ke, padprik ke baru ngam..


Resepi seperti di bawah.. Sesuaikan dengan selera masing-masing ok!!

Gulai Nangka
200gm isi ayam
500 gm nangka muda
8 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
20 tangkai cili api - dikisar
2 inc kunyit hidup - dikisar
2 inc halia dikisar
3 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
500 ml santan
400 ml air
garam secukup rasa

Cara-caranya:

Nangka muda dipotong 4 cm dan direbus hingga empuk.
Masukkan isi ayam ke dalam periuk
Diikuti dgn bawang merah, bawang putih, cili api, kunyit hidup, halia dan air. Didihkan
Kemudian masukkan santan, serai, nangka muda, asam gelugur dan garam secukup rasa.
Kecilkan api dan kacau perlahan2 sehingga masak atau kuahnyer agak pekat. Angkat dan hidangkan.

Wednesday 19 November 2014

Resepi 19: Pekasam Ikan Lampam

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Dua tiga hari ni perut rasa tak sedap je.. Start dari hari Ahad pergi kenduri tengah hari, malam on the way balik singgah kedai makan untuk dinner.. Tengah malam perut punya memulas tak lena tidur.. 7-8 kali ulang alik toilet.. Adoiiii.. Tak tau silap makan apa.. Food poisoning.. Cuma tak la muntah-muntah.. Cirit-birit ajer.. 

Isnin dah tak pergi kerja.. Ambik mc pun tak.. Tak larat nak menunggu.. Ambik El jer.. Tapi hari ni perut masih meragam terpaksa jugak ke klinik. Sabar la 2-3 jam sementara nak settle.. Huhu

Nak share resepi pekasam ni aje hari ni.. Dah lama goreng pekasam ni.. Dah tak ada stok pun dalam fridge.. 

Nak masak bubur kot yang lembut-lembut hari ni.. Sakit kan penghapus dosa.. Moga2 Allah ampunkan dosa Niza yang sebanyak buih-buih di lautan.. Ya Allah ampunilah hambamu yang kerdil ni... Amin

Pekasam
1 ekor ikan pekasam
1 biji bawang merah
2 batang cili merah

Cara-caranya:
Goreng ikan pekasam dengan minyak sederhana banyak,dah masak ketepikan.
Hiris bawang merah dan cili goreng dalam bekas gorengan ikan tadi.. Dah layu tabur atas pekasam.. Sedap makan dengan nasi  panas..

Tuesday 18 November 2014

Resepi 18: Asam Pedas Ikan Duri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Asam pedas memang feveret Niza. Alif yang 4 tahun lebih tu pun memang terer makan asam pedas. Kalau ada pulak ikan goreng dengan sambal belacan lagi laju suap dalam mulut. Mak mertua lalu pun boleh tak sedar hihihi. Niza masak asam pedas untuk dinner kami semalam. Disebabkan malas nak tunggu ikan dalam fridge defrost, Niza keluar beli ikan dekat simpang masuk taman perumahan kami. Pakcik ni berniaga tiap-tiap petang. Ikan-ikan di ambil dari Kuala Kedah. Kiranya hari-hari ikan fresh..

Kebetulan pergi dah pukul 6 lebih.. Ikan pun tak banyak yang tinggal. Ada udang,sotong, ikan siakap, ikan duri dan kembung yang tinggal.. Ambil aje la ikan duri tu.. Dalam kepala memang dah bajet nak masak asam pedas.. 

Asam pedas ni kami makan dengan penuh selera.. Habis nasi seperiuk.. Memang sengaja masak nasi lebih dari hari-hari biasa.. Nak makan puas-puas.. Kawankan dengan pekasam ikan lampam, telur dadar dan kangkung goreng belacan.. Adoiiii.. Dinner like a king la jawapnya..

Niza sertakan resepi di bawah.. Boleh la cuba.. Ikut selera masing-masing.. Banyak bahan yang tak ada jadinya Niza abaikan.. Bunga kantan, daun kesom kalau tak ada pun tak apa.. Bahan-bahan tu memberi aroma dan menambah rasa.. Asam pedas masih sedap jugak..

Asam Pedas Ikan Duri
  • 1 ekor ikan duri sederhana besar - di potong  
  • 2 biji tomato-belah 4
  • secekak daun kesom-agak2lah ya
  • 1 btng bunga kantan- xde stok
  • 1 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 cawan cili kisar 
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
  1. Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau.
  3. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  4. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  5. Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  6. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Saturday 15 November 2014

Resepi 17: Kek Kelapa Hujan Panas

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Selamat berhujung minggu.. Salam Sabtu semua.. Hari ni nak upload resepi yang sedap.. Kek kelapa hujan panas.. Sebab apa hujan panas?? Sebab warnanya ala-ala nasi kenduri hujan panas tu.. Alhamdulillah,sedap sangat..

Kek ni buat mlm tadi setelah angin rajin tetiba datang.. Pkl 11 malam baru terasa nk bancuh kek. Pkl 12:30 kek selamat keluar oven.. Mlm tadi kira overtime la.. Tidur pun lewat. 


Resepi ambik dari fb Chef Khairi Mansor. Chef Khairi terkenal dengan kelas aneka roti. Terima kasih chef sebab share resepi. Halalkan resepinya.. Niza panjangkan di blog Niza untuk sesiapa yang ingin mencuba...

Untuk resepi ni, Niza baru perasan yang Niza salah tengok resepi.. Dah siap baru perasan.. Huhu.. Menangis tak berlagu.. Sukatan tepung tu  sepatutnya 1 cawan tepung gandum + 1/2 cawan self rising flour.. Niza cuma bubuh 1 cawan tepung gandum dan campurkan dengan 1 st baking powder.. Patutnya 1 1/2 cawan tepung gandum la guna.. Tambah baking powder 1 sudu teh.. Boleh pulak terlupa nk tambah tepung.. Niza rasa lain kali kena kurangkan esen rose tu dari 1 sudu besar kepada 1 sudu kecil sahaja.. Niza kurang minat dengan rasa ros yang agak kuat..  Mungkin sebab kurang tepung kek Niza rasa agak manis.. Ke sebab kurang tepung menyebabkan esen ros tu rasa kuat sangat?? Adoiii.. But still kek kelapa ni rasa sedap sangat.. Cuma kali ni agak manis dengan rasa ros yang agak kuat..

Silalah cuba resepi ni dengan sukatan yang betul. Boleh jadi rasanya sangat wow... Resepi seperti di bawah... Selamat mencuba!!



Kek Kelapa Hujan Panas
Bahan-bahan:
1 cawan gula kastor
1 cawan marjerin/butter
3 biji telur gred B
1 tbs esen ros
1 tbs susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan kelapa kering ( warnakan merah dan hijau)
Pewarna kuning

Cara- caranya:
1. Pukul gula dengan marjerin hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul
3. Masukkan esen ros dan susu pekat
4. Masukkan tepung dan kacau rata bersama sedikit pewarna kuning
5. Masukkan kelapa kering yang telah diwarnakan dan gaul sebati
6. Tuang dalam loyang 8" yang telah dilanser dan dilapik kertas minyak
7. Bakar suhu 170•C selama 35-45 minit




Thursday 13 November 2014

Resepi 16: Burger Boy

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Burger Boy menu dinner kami malam tadi.. 


Kenapa burger boy?? Hehehe.. Sebab  beli pun tulis burger boy.. Tak caya??

 
Kan betul.. Saudi Burger Boy.. Resepi x payah la kot.. 

Selamat makan burger!!!


Wednesday 12 November 2014

Resepi 15: Sizzling Yee Mee

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Sizzling mee untuk dinner kami malam semalam.. Abah dan mak pun datang rumah dinner sama-sama.. Resepi ni memang terbaik.. Rasanya yang menepati citarasa menyebabkan dah berulang-ulang kali buat.. Pendek kata resepi ni memang a keeper.. Mak yang agak cerewet dan selalu jadi juri masakan Niza pun kata sedap dan boleh makan.. Kira ok la tu kan??hehe

Pada yang nak makan sizzling mee macam kat food court tu boleh buat sendiri di rumah. Hidangan kami malam tadi untuk 7 orang.. Bayangkan, 7 pinggan kalau kali rm10 sorang termasuk air berapa kita boleh jimat.. Masakan di rumah insyaAllah lebih bersih dan sedap. Masakan dari air tangan ibu memang terbaik. Kalau food court tu Bangla atau Nepal yang masak.. Betul tak??? Lagipun anak-anak boleh makan puas-puas.. Niza xde hot plate macam yang kat kedai food court tu tapi jangan risau, kita guna pan yang kecil.. Agak2 untuk sorang makan.. Mee sizzling kita tetap kena masak satu-satu..

Resepi sizzling ini memang harus dicuba.. Rasanya x kalah dari yang makan di food court.. Tetapi bolehla tambah apa- apa yang suka macam fish ball ke.. Ikut selera masing-masing. Niza buat basic macam yang jual..





 Sizzling Yee Mee
Bahan-bahan:
1 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
6-8 tangkai cili kering~ gunting 2*
4 sb kicap pekat
4 sb kicap manis
4 sb sos tiram
1 kiub pati ayam
1st lada sulah 
Isi ayam
Cendawan butang~ rendam dahulu
4 sb tepung jagung- bancuh dengan air
Minyak untuk menumis
8 cawan air

Cara-caranya:


1. Tumis bahan-bahan bertanda * sehingga layu dan naik bau
2. Masukkan cendawan dan isi ayam
3. Masukkan air,kicap pekat,kicap manis dan sos tiram. Biar mendidih
4. Masukkan kiub pati ayam dan lada sulah. Pastikan rasa masin dan manis seimbang. Kalau tak cukup masin dan manis boleh tambah garam dan gula.
5. Bila dah menggelegak kuah sizzling masukkan bancuhan tepung jagung.
Kalau suka pekat boleh lebihkan tepung jagung.

Mee Sizzling
1. Yee mee- lalukan dengan air sikit dan tapis
2. Sawi
3. Telur

Penyediaan:
1. Bubuh sedikit yee mee dalam pan


2. Tuang kuah sizzling tadi ke atas mee
3. Pecahkan sebiji telur dan bubuh sawi 
4. Tutup pan dan masak dengan api yang kuat 2-3 minit.
5. Kecikkan api tetapi jangan di padam. Angkat pan dan boleh tuang dalam pinggan.
6. Seterusnya, kita ulang langkah 1-5. Bila dah bubuh semua bahan-bahan baru kita besarkan api maksimum masak 2-3minit.

P/s: sedap dinikmati dengan hirisan cili api+ kicap.. Baru ada kick!!


Selamat mencuba.. 

Tuesday 11 November 2014

Resepi 14: Cempedak Goreng Rangup..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
 Cempedak yang rangup.. Sedap makan panas-panas.. Terangkat bila digandingkan dengan nescafe panas.. 
Minum petang yang ringkas tapi nikmatnya tak terkata..

Ini cara Niza goreng cempedak.. Kalau nak cuba dipersilakan..

Cempedak Goreng Rangup
Bahan-bahan:
Cempedak
2 senduk tepung gandum
1 senduk tepung beras
Garam
Serbuk kunyit
Air ~ agak-agak jgn pekat atau cair sangat
Minyak utk goreng terendam

Cara:cara:
Panaskan minyak dalam kuali
Campur semua bahan di atas dan gaul sempuna.. Air tu bubuh sikit-sikit ikut kepekatan yang disukai

Tips: niza campur 2 sudu besar minyak panas dari kuali yg nak digoreng tadi.. 
Make sure minyak betul- betul panas sblm campur dalam bancuhan tepung..
InsyaAllah rangup je cempedak goreng tu

Sunday 9 November 2014

Resepi 13: Kuih Lapis Pandan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Weekend yang penuh dengan aktiviti di dapur.. Seronok bila sesekali hujung minggu tak keluar ke mana-mana berkesempatan mencuba resepi baru..

Hari sabtu Niza buat pau sambal @ burger malaysia.. Hari ahad cuba buat kuih lapis.. Kuih lapis ni Niza bubuh perisa pandan cap koepoe-koepoe.. Harum mewangi bau pandan. Sebenarnya baru beli perisa pandan ni tu yang cuba resepi kuih lapis pandan..

First time melapis.. Aduhh.. Jenuh jugak menunggu masak selapis demi selapis.. Nasib buat sikit jer.. Sambil tunggu masak 5 minit setiap lapisan sambil ke ruang tamu tengok tv.. Keje ulang-alik dapur-ruang tamu-dapur-ruang tamu.. Betul2 kena ada kesabaran.. Sampai sekarang Niza xde keberanian nak cuba buat kek lapis.. Tapi insyaAllah satu hari nanti akan ada jugak Niza pos percubaan Niza buat Kek lapis..

 
Buat kuih lapis ni pukul 4:30 petang.. Nak buatnya memang tak susah.. Nak kukus selapis demi selapis tu pun tak susah sebenarnya tapi kena sabar nak tunggu masak.. Pkl 5:30 dh siap tapi lain kali memang kena buat awal.. Tunggu sampai pukul 6:00 ptg pun tak sejuk-sejuk lagi.. Dah tak sabar nak makan.. Akhirnya suam-suam potong jugak kuih lapis ni.. Tak berapa cantik bila kita potong masa masih panas tapi bila suami pun tanya tak siap ke lagi?? Niza terus je potong.. Hasil memang superb!!! Ini kuih lapis pertama seumur hidup buat sendiri..  Hehehe

Resepi seperti di bawah pada sesiapa yang nak mencuba.. Fresh from my small purple kitchen..

Kuih Lapis Pandan
Resepi: Buku 1 hari 1 resepi
             Chef Hanieliza

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sduu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan santan pekat- niza guna santan kara 1 kotak dan tambah air bg cukup 4 1/2cawan
1 sudu kecil garam

(Bahan B)
Perisa pandan - boleh juga menggunakan jus pandan
pewarna hijau- niza guna brand koepoe-koepoe

Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  3. Masukkan perasa pandan dan pewarna hijau dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus elama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan hijau dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan putih dan hijau berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 15 minit ).
  8. Sejukkan dan bolehlah dipotong.