Monday 27 April 2015

Resepi 30: Kuih Keria

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Lebih 4 bulan tak bersiaran kat sini.. Rasa rindu nak menulis tapi mood asyik ke laut je disamping banyak deadline assignmnt nk disiapkan.. Finally, schedule final exam dah publish.. Tahun ni walaupun paper exam berderet tapi takde 2 paper exam sekaligus pagi dan petang..  Syukur alhamdulillah.. Bukan senang nak menghabiskan 4 tahun pengajian ni.. Banyak duit,keringat, darah dan air mata.. (Hehe.. Ayat drama). Wish me luck everyone for my coming final exam.. Tak sabar nak menghabiskan student life next year even I enjoy myself very much..

Hari ni nak share resepi kuih keria.. Kuih keria ni banyak version jugak org buat.. Niza cuba resepi dari Kak Sheila Journey Spice.. Hanya keledek, tepung gandum dan sedikit garam.. Kebetulan ada baki 2 biji keledek oren selepas buat mee jawa sebelum ni.. Puas pikir apa yang ringkas dan senang di buat untuk minum petang akhirnya kuih keria jadi pilihan.. 

Serius menyesal buat kuih keria ni.. Dah la lembut,kaya keledek, miskin tepung dapat 8 ketul je dari 2 biji keledek anggaran 250gm.. Tak puas makan.. Nak makan banyak.. Tak mo kurus.. Nak gemuk.. Huhu

Husband makan 3 ketul, Afif makan 1, Ammar(anak jiran) makan 2 ketul, Niza pun dapat makan 2 ketul.. Alahai.. Sedap la pulak.. Sikit sangat, tak cukup.. Nanti pasti ada resepi ulang tayang.. Korang tak percaya, tengok je la nanti.. Hehe

Pada yg nak buat, resepi macam kat bawah.. Cubalah buat sendiri pasti berbaloi.. Selamat mencuba!!

Kuih Keria
250gm keledek oren
90gm tepung gandum
Sedikit garam
Air utk merebus

Sira:
3 sb gula
3 sb air

Cara-caranya:
1. Kopek kulit keledek dan rebus hingga empuk
2. Setelah agak sejuk lenyek keledek hingga hancur dan halus
3. Gaul dengan tepung gandum dan garam
4. Bentukkan bulat seperti cincin
5. Goreng dengan api sederhana dan balik-balikkan semasa menggoreng

Sira:
1. Tuang minyak dari kuali ke dalam bekas lain
2. Dengan menggunakan kuali yang sama masak air dan gula hingga bertali
3. Masukkan kuih keria yg telah digoreng tadi dan gaul rata dengan air gula.
4. Tutup api dan gula akan mengeras apabila sejuk