Sunday 9 November 2014

Resepi 13: Kuih Lapis Pandan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Weekend yang penuh dengan aktiviti di dapur.. Seronok bila sesekali hujung minggu tak keluar ke mana-mana berkesempatan mencuba resepi baru..

Hari sabtu Niza buat pau sambal @ burger malaysia.. Hari ahad cuba buat kuih lapis.. Kuih lapis ni Niza bubuh perisa pandan cap koepoe-koepoe.. Harum mewangi bau pandan. Sebenarnya baru beli perisa pandan ni tu yang cuba resepi kuih lapis pandan..

First time melapis.. Aduhh.. Jenuh jugak menunggu masak selapis demi selapis.. Nasib buat sikit jer.. Sambil tunggu masak 5 minit setiap lapisan sambil ke ruang tamu tengok tv.. Keje ulang-alik dapur-ruang tamu-dapur-ruang tamu.. Betul2 kena ada kesabaran.. Sampai sekarang Niza xde keberanian nak cuba buat kek lapis.. Tapi insyaAllah satu hari nanti akan ada jugak Niza pos percubaan Niza buat Kek lapis..

 
Buat kuih lapis ni pukul 4:30 petang.. Nak buatnya memang tak susah.. Nak kukus selapis demi selapis tu pun tak susah sebenarnya tapi kena sabar nak tunggu masak.. Pkl 5:30 dh siap tapi lain kali memang kena buat awal.. Tunggu sampai pukul 6:00 ptg pun tak sejuk-sejuk lagi.. Dah tak sabar nak makan.. Akhirnya suam-suam potong jugak kuih lapis ni.. Tak berapa cantik bila kita potong masa masih panas tapi bila suami pun tanya tak siap ke lagi?? Niza terus je potong.. Hasil memang superb!!! Ini kuih lapis pertama seumur hidup buat sendiri..  Hehehe

Resepi seperti di bawah pada sesiapa yang nak mencuba.. Fresh from my small purple kitchen..

Kuih Lapis Pandan
Resepi: Buku 1 hari 1 resepi
             Chef Hanieliza

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sduu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan santan pekat- niza guna santan kara 1 kotak dan tambah air bg cukup 4 1/2cawan
1 sudu kecil garam

(Bahan B)
Perisa pandan - boleh juga menggunakan jus pandan
pewarna hijau- niza guna brand koepoe-koepoe

Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  3. Masukkan perasa pandan dan pewarna hijau dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus elama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan hijau dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan putih dan hijau berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 15 minit ).
  8. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

No comments:

Post a Comment