Nasi goreng ni dimasak untuk sarapan kami sekeluarga pagi Sabtu lepas.. Memang dah lama simpan resepi ini kononnya nak cuba goreng style lain pulak ubah selera.. Jumpa resepi ini hasil pencarian google jugak tapi maaf dah tak ingat link nya.. Maklumlah main copy &paste jer.. Tq pada tuan punya resepi.. Mintak halal ye..Memang sedap kalau makan pedas-pedas tapi memandangkan ada budak-budak Niza dah kurangkan kepedasannya..
Kalau ada yang nak cuba buat style lain nasi goreng bolehla cuba resepi ini.
Nasi Goreng Daging
nasi 2 pot
daging ikut suka
kacang buncis
telur 2 biji
serbuk ikan bilis knorr
bahan A (blend)
bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 ulas
cili padi(cili padi akar ye, bukan cili padi kampung) 15 biji- niza kurangkan jadi 6 biji sebab anak-anak nak makan
Cara masak:
1. panaskan minyak
2. masukkan bahan blend tadi
3. separuh masak, masukkan daging. daging perlu masa lama untuk masak dan empuk so masukkan awal takpa
4. masukkan pati ikan bilis 1 sudu kecik.
5. dah garing sambal dan daging dah empuk, tolak ketepi sikit, bagi ruang. then pecahkan telur.
6. kacau dan pecah2kan telur tu.
7. masukkan sayur.
8. masukkan garam secukup rasa
9. gaul sebati
10. Bila sayur dah hampir masak, boleh masukkan nasi. sayur jangan sampai lembek nanti tak best.
n nasi make sure dah diperoikan dahulu baru lawa dan sedap.
11. gaul rata dan siap untuk di hidang.
No comments:
Post a Comment