Thursday 30 October 2014

Resepi 5: Udang Goreng Mentega/ Buttered Prawn

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Niza buat udang goreng butter ni sebab macam dah terasa kesedapan buttered prawn kat lidah masa jalan- jalan ke dapur kak Sheila @ spicesjourney. Kalau nak tahu cara nak buat siap ada step by step lagi yang Kak Sheila tunjuk. Niza punya sarang telur/ floss tu memang langsung tak perfect. Petua nak dapatkan sarang telur yang cantik ada Kak Sheila bagitahu tapi Niza nak cepat maklumla balik kerja baru keluarkan barang dari peti ais.. Nak tunggu udang defrost lagi.. Tambah pulak sekarang waktu Maghrib masuk awal jadinya lepas sembahyang Maghrib baru mula memasak.

Makan malam kami sekeluarga memang yang ringkas dan mudah penyediaannya.. Jarang sangat masak kari kat rumah ni.. Duduk Penang ni main dish dia tentulah kari so lunch tu memang selalu kari yang menjadi pilihan bila lauk-lauk yang di masak di kantin sekolah kurang menaikkan selera..

Suami Niza pun bila cakap nak masak kari dan-dan cakap x mau.. Kat kilang tempat dia kerja pun memang kari sentiasa ada.. Nak makan dengan tidak aje.. Makan malam selalunya Niza sediakan yang anak-anak suka makan..

Udang goreng butter ni buat dalam 15 ekor.. Laju bukan main anak-anak meratah sampai tak cukup-cukup..
Takpa,nanti mama masak lagi lain kali.. Mungkin mama boleh improve skill bagi udang tu bersarang lebih cantik.. Menganga jugak anak-anak bila tergigit hirisan cili api.. Aduhh, tak boleh hiris halus-halus cili api lain kali.. Diaorang punya makan laju je suap masuk mulut tak tengok cili asing ke tepi.. Sudahnya, bergelen air masuk berselang-seli dengan nasi..

Terima kasih Kak Sheila @ spicesjourney.sebab menginspirasikan menu ni untuk makan malam kami.. Niza tulis kat sini untuk rujukan Niza bila nak buat lagi ye..


Udang goreng Mentega/ Buttered Prawn

Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 
Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 

 Udang:
12 ekor udang -Niza guna 15 ekor saiz sederhana
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi.

Wednesday 29 October 2014

Resepi 4: Super Moist Eggless Chocolate Cupcake

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Resepi kek coklat ni di cuba buat sebab ianya tidak menggunakan telur.. Sebenarnya tekak teringin sangat nak makan kek coklat tapi malangnya telur kehabisan stok di rumah. Niza pun google la resepi kek coklat yang tidak menggunakan telur.. 

Hasil pencarian Niza jumpa resepi super moist eggless chocolate cake di laman Dapurku Sayang oleh kak Dayang Jack yang terkenal dengan pelbagai jenis kek lapis sarawak.. Kira master kek lapis kak Dayang ni.. Terima kasih kak Dayang, resepi kek coklat ni memang moist dan sedap. 

Sesiapa yang nak mencuba resepi seperti di bawah. Niza dapat dalam 14 biji cupcake guna resepi ni. Selamat mencuba!!!


Super Moist Eggless Chocolate Cake

Resepi : Dapurku Sayang

Bahan-bahan:
loyang 6-7 inci ~ niza guna cawan kertas
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. 

Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.

Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 

Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Tuesday 28 October 2014

Resepi 3: Pajeri Terung

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Niza memang suka makan pajeri. Tak kisah la pajeri terung atau pajeri nenas. Dua-dua memang faveret tapi pernah makan kat rumah kenduri, pajeri rebung madu.. Aduhai,sedap betul. Itu lah first time mkn pajeri rebung.. Betul- betul sedap... Sampai sekarang teringat-ingat. Bila lah nk cuba buat pajeri rebung sendiri. 

Niza nk share resepi pajeri terung kat sini.  Resepi niza ambik hasil penjelajahan di alam maya masuk dapur Kak Azie Kitchen. Terima kasih kak Azie sbb share resepi. Niza letak kat sini sebagai panduan Niza bila-bila nk buat pajeri lagi..



Pajeri Terung
Oleh: Azie Kitchen.
Dicuba rasa: Niza'sPurpleKitchen

Bahan bahan:
3 biji terung panjang
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
7 cili kering - kisar
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sudu besar udang kering - tumbuk
4 rempah menumis
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
Udang hidup - buang kulit
Santan secukupnya
Asam jawa
Garam
Gula Melaka
Gula

Cara cara:
Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah jangan sampai putus.  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap.  Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan masukkan rempah menumis, bawang merah dan bawang putih hiris sehingga kekuningan. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.

Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.

Masukkan udang. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.

Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng.  Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak. 

Angkat dan sedia dihidang.


Monday 27 October 2014

Resepi 2: Sambal Telur

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Syukur kepada Allah SWT hari ni dapat berita gembira.. Sekolah tempat niza kerja dapat jd sekolah berprestasi tinggi (SBT).. Satu penghargaan yg cukup besar kepada sekolah terutama kami warga Tun Syed yg berkhidmat di sini..Bila dapat penghargaan mesti la ada habuan yg ditawarkan so dah terbau-bau ganjaran lumayan yang bakal dapat.. Ganjaran yang dapat pun sebagai dana pembangunan sekolah.. Syukur segala penat lelah warga sekolah terbalas..

Hari ini nk post resepi mudah lagi.. Buat ahad lepas untuk dinner kami sekeluarga. Disebabkan weekend aritu byk kenduri kawin so bunga telur pun dapat byk.. Telur rebus ni adat melayu yg dikatakan melambangkan kesuburan.. Maknanya mcm kita sedekah telur supaya para tetamu mendoakan agar pengantin baru cepat mendapat zuriat.. Sebab tu masa adik Niza kawin raya 2013 mak masih nk sediakan telur rebus kepada tetamu yang datang walaupun mcm2 alternatif cenderahati kahwin yg moden sekarang..

Sambal telur rebus,sesiapa nk tgk resepi ada kat bawah..

Sambal telur

Bahan-bahan:
6 biji telur rebus~ Niza goreng sebentar
2 senduk cili kering blender
Sedikit asam jawa
2 biji Bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam ,gula dan ajinamoto
Minyak utk menumis

Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam kuali,tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga layu.
Masukkan cili kering blander dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan masukkan gula. Kemudian masukkan telur tadi.
Perasakan dengan garam dan ajinamoto. 
Masak dengan api perlahan sehingga cili benar-benar masak.




Sunday 26 October 2014

Resepi 1: Bihun goreng daging

Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera
Bihun ni goreng pagi tadi sebagai sarapan. Disebabkan daging korban masih ada dalam peti ais, Niza gunakan daging sebagai rencah bihun goreng ni..Penyediaan yang ringkas dengan bahan-bahan yang ada dalam peti ais sahaja.. Resepi seperti di bawah kepada yang hendak mencuba..



Bihun Goreng Daging

Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun cap jasmine-rendam sebentar
3 sudu besar cili kering blander
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
250gm daging dihiris nipis
2 biji telur
sedikit sawi
fishball dan fishcake ikut suka
Garam ,ajinamoto dan gula secukup rasa
Taugeh ~ x bubuh x ada stok

Cara-caranya:
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu
Masukkan cili kisar..tumis sehingga pecah minyak dan masak
Masukkan sos cili,sos tiram dan kacau rata
Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk
Setelah daging lembut masukkan bihun yang telah lembut direndam sebentar tadi
Kacau rata. Masukkan fish ball dan fish cake.. Pecahkan telur di tengah-tengah kuali.
Biar telur sedikit masak baru dikacau rata bihun..masukkan sawi dan taugeh
Perasakan dgn garam, ajinamoto (sekiranya guna) dan gula..
Bihun goreng daging siap!!!



Salam Maal Hijrah 1436H..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam Maal Hijrah 1436H buat semua.. Alhamdulillah hari ini lahirnya blog Niza khas posting pasal masakan dan baking, insyaAllah.. Niza bukannya pandai sangat bab-bab memasak dan baking tapi suka mencuba resepi-resepi baru.. Apa resepi yang Niza dah cuba insyaAllah akan dikongsi di sini..

Semua gambar-gambar masakan diambil menggunakan handphone Iphone sahaja. Walaupun mempunyai kamera DSLR milik suami, Niza tak belajar lagi cara menggunakanannya bagi mendapatkan gambar-gambar yang hebat. Maaf, Niza bukan blogger masakan tapi berblog untuk memenuhi minat dalam dunia masakan dan mengabadikan setiap resepi sebagai sumber rujukan pada masa hadapan..

Salam perkenalan..