Wednesday 5 November 2014

Resepi 9: Mee Jawa.. Betul-betul ngam!!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Mee jawa yang sedap sangat.. Buat seperiuk besar.. Mee kuning guna 2 bungkus.. Habis licin bila suami panggil jiran-jiran datang rumah. Kebetulan jiran-jiran yang tak keluar ke mana-mana weekend kami jemput dtg rumah minum petang.. Saja,sedekah buat makan-makan.. Alhamdulillah, semua puji sedap.. Event makan-makan dah lama jadi dalam bulan lepas rasanya.. Baru hari ni sempat nk share kat sini..

Resepi inspirasi dari blogger tersohor siapa lagi kalau bukan Kak Azlita Masam Manis. Blog masam manis memang sumber rujukan utama Niza bila kebuntuan idea nk cuba resepi apa. Dengan gambar-gambar yang sangat cantik membuatkan resepi tu selalu nampak sangat sedap dan harus dicuba.. Tambah-tambah pulak bila resepi yang pernah dicuba sebelum ni memang serasi dengan tekak Niza.. So bila kak Ita kata sedap, memang sedap betul la tu.. lagi la rasa berkobar-kobar nk godek di dapur sendiri..

Resepi asal dari buku 1 hari 1 resepi. Niza pun ada beli buku resepi ni tapi bila ketandusan idea lupa nk selak buku.. Bila Kak Ita bubuh dalam blog rasa teruja nk buat.. Memang betul la kata orang "Food that looks beautiful does taste better!!! " Semoga Kak Azlita terus berkarya dan menyentuh hati ramai peminat dia termasuk Niza.

Pada yang nak cuba resepi Niza sertakan di bawah.. Boleh juga ke blog Kak  Azlita Masam Manis, gambar-gambar masakan memang terbaik dan nampak menyelerakan. Tq Chef Hanieliza untuk resepi yang betul-betul ngam !!


MEE JAWA

Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A
1 bungkus mee kuning ~ di celur
1 ikat sawi ~ potong dan celur (ita tambah)
1/2 kg daging ~ direbus
1 cawan taugeh
2 tangkai daun bawang di hiris
3 keping tauhu ~ di goreng dan hiris
3 biji telur rebus ~ belah 2
3 biji limau nipis atau limau kasturi
sedikit bawang goreng

Bahan B 
1/2 kg keledek ~ rebus dan kisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
5 biji bawang Merah ~ dikisar
3 batang serai ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
1 inc lengkuas ~ dikisar
1/2 cawan udang kering ~ rendam hingga lembut dan kisar
2 sudu makan cili kering yang telah dikisar
3 sudu makan serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
3 sudu makan minyak masak
1 buku gula Melaka ~ ita tambah
1 kiub daging ~ ita tambah
Garan dan gula secukup rasa

Rebus daging sehingga lembut, kemudian hiris nipis.
Kerana ita guna daging batang pinang, jadi ita tak rebus, ita masukkan daging di dalam kuah terus semasa masak.
Rebus keledek, kemudian kisar halus

Panaskan minyak di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar hingga garing dan harum
masukkan rempah kari dan cili kisar
Masak lagi hingga terbit minyak
Masukkan keledek kisar, gula melaka, kiub daging dan air rebusan daging
Biarkan kuah merenih
Akhirnya masukkan garam dan gula secukup rasa
Angkat dan hidangkan dengan bahan A

No comments:

Post a Comment