Blog ini terhasil dedikasi atas minat memasak dan mencuba resepi baru. Bukan seorang yang pandai memasak tetapi cuba menyajikan juadah-juadah yang istimewa buat santapan keluarga..
Wednesday, 26 November 2014
Resepi 23: Nasi Lemak Seri Pandan
Tuesday, 25 November 2014
Resepi 22: Karipap Ayam + Kentang
Sunday, 23 November 2014
Resepi 21: Kuih Keria
By: Kak Wan
Rujukan : Citarasawan
250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
80 gm gula pasir
3 sudu besar air
Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu
Bulatkan dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk
Thursday, 20 November 2014
Resepi 20: Gulai Nangka Mabelesss
500 gm nangka muda
8 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
20 tangkai cili api - dikisar
2 inc kunyit hidup - dikisar
2 inc halia dikisar
3 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
500 ml santan
400 ml air
garam secukup rasa
Nangka muda dipotong 4 cm dan direbus hingga empuk.
Diikuti dgn bawang merah, bawang putih, cili api, kunyit hidup, halia dan air. Didihkan
Kemudian masukkan santan, serai, nangka muda, asam gelugur dan garam secukup rasa.
Kecilkan api dan kacau perlahan2 sehingga masak atau kuahnyer agak pekat. Angkat dan hidangkan.
Wednesday, 19 November 2014
Resepi 19: Pekasam Ikan Lampam
Tuesday, 18 November 2014
Resepi 18: Asam Pedas Ikan Duri
- 1 ekor ikan duri sederhana besar - di potong
- 2 biji tomato-belah 4
- secekak daun kesom-agak2lah ya
- 1 btng bunga kantan- xde stok
- 1 btng serai- di ketuk
- 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
- Garam dan sedikit gula
- minyak utk menumis
- 1 cawan cili kisar
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci belacan, dibakar
- 1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
- Air secukupnya -dlm 4 cwn
- Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau.
- Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
- Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
- Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
- Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
Saturday, 15 November 2014
Resepi 17: Kek Kelapa Hujan Panas
Thursday, 13 November 2014
Resepi 16: Burger Boy
Wednesday, 12 November 2014
Resepi 15: Sizzling Yee Mee
Tuesday, 11 November 2014
Resepi 14: Cempedak Goreng Rangup..
Sunday, 9 November 2014
Resepi 13: Kuih Lapis Pandan
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sduu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan santan pekat- niza guna santan kara 1 kotak dan tambah air bg cukup 4 1/2cawan
1 sudu kecil garam
(Bahan B)
Perisa pandan - boleh juga menggunakan jus pandan
pewarna hijau- niza guna brand koepoe-koepoe
Cara Penyediaan
- Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
- Masukkan perasa pandan dan pewarna hijau dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
- Masukkan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus elama 5 minit.
- Lapiskan pula 1 senduk adunan hijau dan kukus lagi selama 5 minit.
- Lapiskan lagi adunan putih dan hijau berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 15 minit ).
- Sejukkan dan bolehlah dipotong.
Resepi 12: Burger Malaysia..
Thursday, 6 November 2014
Resepi 11: Roti Kacang Merah.. Sabar je la..
Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahannya:
300gram tepung roti
50gram tepung gandum( niza guna semua tepung gandum- 350gm)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
Inti kacang merah
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Wednesday, 5 November 2014
Resepi 10: Homemade Kebab.. Our humble dinner..
Resepi 9: Mee Jawa.. Betul-betul ngam!!!
MEE JAWA
Bahan A
1 bungkus mee kuning ~ di celur
1 ikat sawi ~ potong dan celur (ita tambah)
1/2 kg daging ~ direbus
1 cawan taugeh
2 tangkai daun bawang di hiris
3 keping tauhu ~ di goreng dan hiris
3 biji telur rebus ~ belah 2
3 biji limau nipis atau limau kasturi
sedikit bawang goreng
Bahan B
1/2 kg keledek ~ rebus dan kisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
5 biji bawang Merah ~ dikisar
3 batang serai ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
1 inc lengkuas ~ dikisar
1/2 cawan udang kering ~ rendam hingga lembut dan kisar
2 sudu makan cili kering yang telah dikisar
3 sudu makan serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
3 sudu makan minyak masak
1 buku gula Melaka ~ ita tambah
1 kiub daging ~ ita tambah
Garan dan gula secukup rasa
Rebus daging sehingga lembut, kemudian hiris nipis.
Kerana ita guna daging batang pinang, jadi ita tak rebus, ita masukkan daging di dalam kuah terus semasa masak.
Rebus keledek, kemudian kisar halus
Panaskan minyak di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar hingga garing dan harum
masukkan rempah kari dan cili kisar
Masak lagi hingga terbit minyak
Masukkan keledek kisar, gula melaka, kiub daging dan air rebusan daging
Biarkan kuah merenih
Akhirnya masukkan garam dan gula secukup rasa
Angkat dan hidangkan dengan bahan A
Tuesday, 4 November 2014
Resepi 8: Kek Marble Susu.. Super moist dan gebu
Banyak resepi kek Che Mat Niza dah cuba dulu tapi masa tu tak ada pula datang seru nak buat blog sendiri. Kek marble trio memang the best. Trademark CMG mek marble tu. Niza cuba pulak resepi hasil perkongsian Chef Norzailina sebab CMG pun kata gebu.. Sedap..
Kek ni buat dalam kelam kabut bila mak call ajak pergi melawat adik yang baru berpindah ke rumah baru. Mak kata pkl 2 ptg kita jalan.. Niza pun terus keluarkan butter dan google resepi kek butter. Hasilnya memang tak mengecewakan.. Elok siap masak terus bawak masuk kereta dengan loyang2 sekali.. Kami lunch kat rumah adik dan makan kek sebagai desert.. Tak lupa,jeruk mangga asam boi yang tengah meletup sekarang pun ada.. Tapi x sempat nak ambik gambar.. Pkl 3:30ptg kami baru lunch.. Memang dah kebuluran jadinya semua makan mcm x mkn setahun punya lapar.. Haha
Tq CMG dan Chef Norzailina.. Niza letak resepi kat sini pulak.. Semoga Allah murahkan rezeki CMG dan Chef Norzailina..
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco
Cara membuatnya :-)
- Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
- Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
- Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..