Friday 19 December 2014

Resepi 29: Ketam Kam Heong

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..


Alhamdulillah.. Niza baru balik dari lawatan ke Sarawak dengan kawan-kawan sekerja selama 3 hari dari 16-18 Disember.. Rombongan sekolah melawat Sek Men Sains Kuching.. Walaupun suami orang Sarawak tetapi kunjungan bersama rakan sekerja lain suasananya.. Pemergian kami bersama ejen perlancongan memberi pengalaman baru pada Niza. Bercuti sendiri dengan menggunakan khidmat ejen perlancongan memang berbeza. Setiap inci asal usul Sarawak diceritakan oleh Aishah, pemandu pelancong kami..

Badan masih terasa letih dengan 3 hari jadual yang padat.. Penat kaki melangkah setiap ceruk kedai yang di jelajah memerlukan rehat yang banyak..
Lain kali Niza ceritakan kisah percutian Sarawak. Hari ini Niza nak kongsi resepi Ketam Kam Heong.. Resepi hasil google dapat dari blog Chef Gunawan.. 

Jangan tak percaya ketam ni Niza beli dari Sarawak.. Gigih mengusung naik flight.. Beli di Kubah Ria.. Disebabkan murah dan fresh Niza tergoda juga untuk membeli.. Sekilo RM20 sahaja.. Besar-besar pulak tu.. Dapat 4 ekor semuanya..
Niza juga beli udang kertas.. Sekilo RM30.. Mana nak dapat harga macam tu kat Penang ni.. Sanggup berbondong- bondong bawa masuk dalam Air Asia.. Gigih tak?? Hehe..


Walaupun rasa penat tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan.. Dinner kami tadi.. Habis ketam di ratah.. Puas makan.. Mak dengan abah makan bersama.. Niza juga masak udang salted egg tapi resepi udang nanti next post ok..
Sedap resepi ketam ni.. Kepada yang nak cuba resepi seperti di bawah..


Ketam kam heong
Rujukan: chef gunawan

Bahan-bahan:

3- 4 ekor ketam - anggaran 1kg
6 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus
2 1/2 sudu besar udang kering-tumbuk 
2 sudu besar serbuk kari

3 tangkai daun kari
5 tangkai cili padi -  dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam yang dikisar
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

minyak masak


Cara Membuat:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Tambah udang kering dan goreng sehingga udang masak.
4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
5. Tambah sos tiram serta lada hitam dan gaul sebati, masukkan 1/2 cawan air biar mereneh
6. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
7. Perasakan dengan garam dan gula.masak hingga kuah pekat,jika anda suka garing tidak perlu letak air.
8. Hidangkan segera.

No comments:

Post a Comment