Tuesday 9 December 2014

Resepi 27: Bengkang Labu..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Bengkang labu yang sangat sedap.. Tak sempat sejuk panas-panas dah di potong.. Tetamu jemputan pun kebetulan dah sampai.. Mak dengan abah yang duduk berhampiran la tetamu istimewa Niza.. Mana boleh tunggu lagi.. Makan bengkang panas-panas dengan teh O dalam sejuk suasana selepas hujan memang heaven jer.. 

Resepi dari dapur Kak Sheila Journey spice.. Memang sedap dan menjadi.. Niza cuma kurangkan sukatan serbuk kulit kayu manis dari 1 sudu teh pada 1/4 sudu teh sahaja.. Bimbang bengkang tak mendapat sambutan kalau terasa rempah sangat.. Semua resepi-resepi dalam blog ni boleh dikatakan semua resepi percubaan Niza.. Blog ni kira jurnal masakan Niza untuk rujukan akan datang.. 

Resepi seperti di bawah.. Yang nak cuba dipersilakan.. Memang sedap dan tak mengecewakan.. Selamat mencuba!!

Bengkang labu
Spice journey shila

BAHAN BAHAN :

500 gm Buah Labu Kuning
1 cawan Tepung Gandum
2 sudu besar Tepung Jagung
300 gm Susu Ideal
100 ml Santan Pekat/Kotak Ayam brand
4 biji Telur Size A
3/4 cawan Gula Kaster
1/2 cawan Butter
1/4 sudu kecil Garam Halus
1 sudu kecil Serbuk Kulit Kayu Manis
2 helai daun Pandan
1 sudu kecil Vanilla ekstract/essence
Sedikit Sunflower Seeds dan Bijan- Niza bubuh bijan sahaja
2-3 titis Pewarna Kuning Telur

Rebus labu yang telah dibuang kulitnya dengan daun pandan hingga empuk. Toskan air rebusan tadi, sejukkan sebentar dan dilecek sedikit.

Panaskan oven pada suhu 160 C selama 10-20 minit dan griskan sesiap bekas pilihan yang bersesuaian untuk membakarnya. 
Satukan semua bahan diatas dan gaul rata. Kemudian diblend jer dalam blender hingga sebati. Tuangkan ke dalam bekas atau loyang dan bakar pada suhu 160 C atau mengikut kapasiti oven memasing selama 15-20 minit dulu. Keluarkan sebentar dan taburkan di atasnya biji labu dan bijan tu. Selepas itu teruskan membakar selama 45 minit atau sehingga masak. Kalau suka kelilingnya lebih garing boleh ditambah sedikit masa membakarnya. Apabila sudah masak, sapuakan dengan sedikit butter atau margerin di atas permukaan bengkang itu. Sejukkan dulu yer sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment