Wednesday 29 October 2014

Resepi 4: Super Moist Eggless Chocolate Cupcake

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Resepi kek coklat ni di cuba buat sebab ianya tidak menggunakan telur.. Sebenarnya tekak teringin sangat nak makan kek coklat tapi malangnya telur kehabisan stok di rumah. Niza pun google la resepi kek coklat yang tidak menggunakan telur.. 

Hasil pencarian Niza jumpa resepi super moist eggless chocolate cake di laman Dapurku Sayang oleh kak Dayang Jack yang terkenal dengan pelbagai jenis kek lapis sarawak.. Kira master kek lapis kak Dayang ni.. Terima kasih kak Dayang, resepi kek coklat ni memang moist dan sedap. 

Sesiapa yang nak mencuba resepi seperti di bawah. Niza dapat dalam 14 biji cupcake guna resepi ni. Selamat mencuba!!!


Super Moist Eggless Chocolate Cake

Resepi : Dapurku Sayang

Bahan-bahan:
loyang 6-7 inci ~ niza guna cawan kertas
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. 

Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.

Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 

Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

No comments:

Post a Comment