Tuesday 28 October 2014

Resepi 3: Pajeri Terung

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Niza memang suka makan pajeri. Tak kisah la pajeri terung atau pajeri nenas. Dua-dua memang faveret tapi pernah makan kat rumah kenduri, pajeri rebung madu.. Aduhai,sedap betul. Itu lah first time mkn pajeri rebung.. Betul- betul sedap... Sampai sekarang teringat-ingat. Bila lah nk cuba buat pajeri rebung sendiri. 

Niza nk share resepi pajeri terung kat sini.  Resepi niza ambik hasil penjelajahan di alam maya masuk dapur Kak Azie Kitchen. Terima kasih kak Azie sbb share resepi. Niza letak kat sini sebagai panduan Niza bila-bila nk buat pajeri lagi..



Pajeri Terung
Oleh: Azie Kitchen.
Dicuba rasa: Niza'sPurpleKitchen

Bahan bahan:
3 biji terung panjang
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
7 cili kering - kisar
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sudu besar udang kering - tumbuk
4 rempah menumis
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
Udang hidup - buang kulit
Santan secukupnya
Asam jawa
Garam
Gula Melaka
Gula

Cara cara:
Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah jangan sampai putus.  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap.  Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan masukkan rempah menumis, bawang merah dan bawang putih hiris sehingga kekuningan. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.

Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.

Masukkan udang. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.

Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng.  Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak. 

Angkat dan sedia dihidang.


No comments:

Post a Comment