Monday, 3 November 2014

Resepi 7: Nasi Goreng Daging.. Best Giler

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Nasi goreng ni dimasak untuk sarapan kami sekeluarga pagi Sabtu lepas.. Memang dah lama simpan resepi ini kononnya nak cuba goreng style lain pulak ubah selera.. Jumpa resepi ini hasil pencarian google jugak tapi maaf dah tak ingat link nya.. Maklumlah main copy &paste jer.. Tq pada tuan punya resepi..  Mintak halal ye..Memang sedap kalau makan pedas-pedas tapi memandangkan ada budak-budak Niza dah kurangkan kepedasannya.. 

Kalau ada yang nak cuba buat style lain nasi goreng bolehla cuba resepi ini.



Nasi Goreng Daging

nasi 2 pot
daging ikut suka
kacang buncis
telur 2 biji
serbuk ikan bilis knorr

bahan A (blend)
 bawang besar 2 biji
 Bawang putih 2 ulas
 cili padi(cili padi akar ye, bukan cili padi kampung) 15 biji- niza kurangkan jadi 6 biji sebab anak-anak nak makan


Cara masak:
1. panaskan minyak
2. masukkan bahan blend tadi
3. separuh masak, masukkan daging. daging perlu masa lama untuk masak dan empuk so masukkan awal takpa
4. masukkan pati ikan bilis 1 sudu kecik.
5. dah garing sambal dan daging dah empuk, tolak ketepi sikit, bagi ruang. then pecahkan telur.
6.  kacau dan pecah2kan telur tu.
7. masukkan sayur.
8. masukkan garam secukup rasa
9. gaul sebati
10. Bila sayur dah hampir masak, boleh masukkan nasi. sayur jangan sampai lembek nanti tak best.
n nasi make sure dah diperoikan dahulu baru lawa  dan sedap.
11.  gaul rata dan siap untuk di hidang.





Sunday, 2 November 2014

Resepi 6: Sup Tulang Jangan Pandang Belakang Chef Amer

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Alhamdulillah.. Niza dah cuba resepi yang di kongsi oleh Kak Azlita Masam Manis. Resepi ni Kak Ita dapat dari chef yang tersohor di Malaysia, Chef Amer.. 

Sebenarnya, hari ini Niza dengan jiran-jiran adakan potluck.. Sembang  dengan jiran,Kak Sumi minggu lepas cakap dalam peti ais ada tulang,perut dan lidah dapat masa raya korban aritu.. Dia bagi cadangan kami buat makan-makan.. Main dish untuk potluck kami nasi dan sup tulang.. Niza jadi tuan rumah.. Ada 5 family yang boleh join potluck kami.. Penuh jugak la rumah bila dah ramai..
Sedap betul bila makan berhidang,ramai-ramai pulak tu tak sedar nasi bertambah 2-3 pinggan..

Terima kasih jiran-jiran sebab sudi datang.. Terima kasih juga sebab bawa makanan.. Ada ikan goreng,kari ikan,sambal belacan.. Walaupun simple menu kita tapi bila makan bersama sedap dia lain macam.. Hahaha
Sebagai penutup potluck kami tadi kami pekena kopi O cap hang tuah dan bubur asyura utara style..

Resepi dari blog Kak Azlita masam manis hasil perkongsian dari Chef Amer.. Terima kasih Chef Amer dan Kak Azlita Masam Manis.. Kalau ada yang nak lebih details tentang bahan-bahan yang digunakan boleh la tengok blog Kak Azlita Masam Manis. Siap ada panduan bergambar lagi.. 

Mohon izinkan Niza tepek resepi di sini pulak untuk rujukan buat sup tulang raya korban tahun depan.. Niza buat masih menggunakan semua bahan yang sama tapi sukatan Niza adjust sikit sebab tulang Niza dekat 3kg..


SUP TULANG JANGAN PANDANG BELAKANG
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah
Adaptasi dari blog Kak Azlita Masam Manis

Resepi asal Chef Amer menggunakan sukatan untuk 40 kg tulang lembu. Untuk resepi ini ita dah kurangkan kepada sukatan untuk 1 kg tulang lembu sahaja.

1 kg tulang lembu ~ cuci bersih, Niza rebus dahulu tulang hingga empuk guna periuk Noxxa Amway..Masa merebus tulang jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup.
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar di hiris
1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar 
air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
1 batang lobak merah ~ di dadu
2 biji kentang ~ di dadu
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek

Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah , bawang putih dan halia kisar sekali.
Lobak, celery dan leek kisar sekali
Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti. 
Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
Tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing
Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak
Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus.
Masak lagi hingga garing
Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh campur air untuk jadikan pes.
Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk.
Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang.
Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil
Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
Tutup api dan sedia di hidangkan.




Thursday, 30 October 2014

Resepi 5: Udang Goreng Mentega/ Buttered Prawn

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Niza buat udang goreng butter ni sebab macam dah terasa kesedapan buttered prawn kat lidah masa jalan- jalan ke dapur kak Sheila @ spicesjourney. Kalau nak tahu cara nak buat siap ada step by step lagi yang Kak Sheila tunjuk. Niza punya sarang telur/ floss tu memang langsung tak perfect. Petua nak dapatkan sarang telur yang cantik ada Kak Sheila bagitahu tapi Niza nak cepat maklumla balik kerja baru keluarkan barang dari peti ais.. Nak tunggu udang defrost lagi.. Tambah pulak sekarang waktu Maghrib masuk awal jadinya lepas sembahyang Maghrib baru mula memasak.

Makan malam kami sekeluarga memang yang ringkas dan mudah penyediaannya.. Jarang sangat masak kari kat rumah ni.. Duduk Penang ni main dish dia tentulah kari so lunch tu memang selalu kari yang menjadi pilihan bila lauk-lauk yang di masak di kantin sekolah kurang menaikkan selera..

Suami Niza pun bila cakap nak masak kari dan-dan cakap x mau.. Kat kilang tempat dia kerja pun memang kari sentiasa ada.. Nak makan dengan tidak aje.. Makan malam selalunya Niza sediakan yang anak-anak suka makan..

Udang goreng butter ni buat dalam 15 ekor.. Laju bukan main anak-anak meratah sampai tak cukup-cukup..
Takpa,nanti mama masak lagi lain kali.. Mungkin mama boleh improve skill bagi udang tu bersarang lebih cantik.. Menganga jugak anak-anak bila tergigit hirisan cili api.. Aduhh, tak boleh hiris halus-halus cili api lain kali.. Diaorang punya makan laju je suap masuk mulut tak tengok cili asing ke tepi.. Sudahnya, bergelen air masuk berselang-seli dengan nasi..

Terima kasih Kak Sheila @ spicesjourney.sebab menginspirasikan menu ni untuk makan malam kami.. Niza tulis kat sini untuk rujukan Niza bila nak buat lagi ye..


Udang goreng Mentega/ Buttered Prawn

Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 
Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 

 Udang:
12 ekor udang -Niza guna 15 ekor saiz sederhana
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi.