Friday, 19 December 2014

Resepi 29: Ketam Kam Heong

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..


Alhamdulillah.. Niza baru balik dari lawatan ke Sarawak dengan kawan-kawan sekerja selama 3 hari dari 16-18 Disember.. Rombongan sekolah melawat Sek Men Sains Kuching.. Walaupun suami orang Sarawak tetapi kunjungan bersama rakan sekerja lain suasananya.. Pemergian kami bersama ejen perlancongan memberi pengalaman baru pada Niza. Bercuti sendiri dengan menggunakan khidmat ejen perlancongan memang berbeza. Setiap inci asal usul Sarawak diceritakan oleh Aishah, pemandu pelancong kami..

Badan masih terasa letih dengan 3 hari jadual yang padat.. Penat kaki melangkah setiap ceruk kedai yang di jelajah memerlukan rehat yang banyak..
Lain kali Niza ceritakan kisah percutian Sarawak. Hari ini Niza nak kongsi resepi Ketam Kam Heong.. Resepi hasil google dapat dari blog Chef Gunawan.. 

Jangan tak percaya ketam ni Niza beli dari Sarawak.. Gigih mengusung naik flight.. Beli di Kubah Ria.. Disebabkan murah dan fresh Niza tergoda juga untuk membeli.. Sekilo RM20 sahaja.. Besar-besar pulak tu.. Dapat 4 ekor semuanya..
Niza juga beli udang kertas.. Sekilo RM30.. Mana nak dapat harga macam tu kat Penang ni.. Sanggup berbondong- bondong bawa masuk dalam Air Asia.. Gigih tak?? Hehe..


Walaupun rasa penat tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan.. Dinner kami tadi.. Habis ketam di ratah.. Puas makan.. Mak dengan abah makan bersama.. Niza juga masak udang salted egg tapi resepi udang nanti next post ok..
Sedap resepi ketam ni.. Kepada yang nak cuba resepi seperti di bawah..


Ketam kam heong
Rujukan: chef gunawan

Bahan-bahan:

3- 4 ekor ketam - anggaran 1kg
6 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus
2 1/2 sudu besar udang kering-tumbuk 
2 sudu besar serbuk kari

3 tangkai daun kari
5 tangkai cili padi -  dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam yang dikisar
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

minyak masak


Cara Membuat:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Tambah udang kering dan goreng sehingga udang masak.
4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
5. Tambah sos tiram serta lada hitam dan gaul sebati, masukkan 1/2 cawan air biar mereneh
6. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
7. Perasakan dengan garam dan gula.masak hingga kuah pekat,jika anda suka garing tidak perlu letak air.
8. Hidangkan segera.

Thursday, 11 December 2014

Resepi 28: Mission Wraps.. Walla..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

 
Mission wraps untuk dinner kami.. Sedap sangat ala-ala kfc golden wraps.. Isi boleh dipelbagaikan.. Yang ni Niza bubuh isi ayam.. Ambik bahagian dada yang isi banyak tu.. Potong kecik-kecik.. Niza perap dengan bbq sos heinz.. Tambah oregano,lada hitam, sos tiram.. Perap dlm 10 minit lepas tu goreng.. 


Ini antara bahan yang digunakan.. Boleh tambah ikut suka.. Stok yg dlm fridge tu apa yg bersesuaian boleh guna.. Anak-anak makan sorang satu pun tak cukup.. Budak2 makin membesar makan tengah lalu.. Lelaki pulak tu.. Ringkas tapi sangat mengenyangkan (kalau makan 2 la..)hihi

 
Niza panaskan wraps sekejap dalam pan.. Letak cheese, salad, isi ayam.. Curahkan mayonis dan sos cili.. Lepas dah lipat niza letak sekejap dalam pan bg cheese mencair.. Ala-ala gam nanti cheese tu so wraps kita melekat tak terbukak terkeluar isi.. Anak-anak tak pandai pegang elok-elok tu yg Niza panaskan sekejap atas pan..

Boleh la dinikmati.. Memang sedap.. Cubalah anda pasti tergoda.. Healthy food la katakan.. Senang dan mudah.. Dapur tak bersepah merecik minyak.. Haha

Malam tadi dapat lena awal.. 

Tuesday, 9 December 2014

Resepi 27: Bengkang Labu..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Bengkang labu yang sangat sedap.. Tak sempat sejuk panas-panas dah di potong.. Tetamu jemputan pun kebetulan dah sampai.. Mak dengan abah yang duduk berhampiran la tetamu istimewa Niza.. Mana boleh tunggu lagi.. Makan bengkang panas-panas dengan teh O dalam sejuk suasana selepas hujan memang heaven jer.. 

Resepi dari dapur Kak Sheila Journey spice.. Memang sedap dan menjadi.. Niza cuma kurangkan sukatan serbuk kulit kayu manis dari 1 sudu teh pada 1/4 sudu teh sahaja.. Bimbang bengkang tak mendapat sambutan kalau terasa rempah sangat.. Semua resepi-resepi dalam blog ni boleh dikatakan semua resepi percubaan Niza.. Blog ni kira jurnal masakan Niza untuk rujukan akan datang.. 

Resepi seperti di bawah.. Yang nak cuba dipersilakan.. Memang sedap dan tak mengecewakan.. Selamat mencuba!!

Bengkang labu
Spice journey shila

BAHAN BAHAN :

500 gm Buah Labu Kuning
1 cawan Tepung Gandum
2 sudu besar Tepung Jagung
300 gm Susu Ideal
100 ml Santan Pekat/Kotak Ayam brand
4 biji Telur Size A
3/4 cawan Gula Kaster
1/2 cawan Butter
1/4 sudu kecil Garam Halus
1 sudu kecil Serbuk Kulit Kayu Manis
2 helai daun Pandan
1 sudu kecil Vanilla ekstract/essence
Sedikit Sunflower Seeds dan Bijan- Niza bubuh bijan sahaja
2-3 titis Pewarna Kuning Telur

Rebus labu yang telah dibuang kulitnya dengan daun pandan hingga empuk. Toskan air rebusan tadi, sejukkan sebentar dan dilecek sedikit.

Panaskan oven pada suhu 160 C selama 10-20 minit dan griskan sesiap bekas pilihan yang bersesuaian untuk membakarnya. 
Satukan semua bahan diatas dan gaul rata. Kemudian diblend jer dalam blender hingga sebati. Tuangkan ke dalam bekas atau loyang dan bakar pada suhu 160 C atau mengikut kapasiti oven memasing selama 15-20 minit dulu. Keluarkan sebentar dan taburkan di atasnya biji labu dan bijan tu. Selepas itu teruskan membakar selama 45 minit atau sehingga masak. Kalau suka kelilingnya lebih garing boleh ditambah sedikit masa membakarnya. Apabila sudah masak, sapuakan dengan sedikit butter atau margerin di atas permukaan bengkang itu. Sejukkan dulu yer sebelum dipotong.