Tuesday, 4 November 2014

Resepi 8: Kek Marble Susu.. Super moist dan gebu

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Kek marble susu resepi Chef  Norzailina ni Niza dah cuba dan memang sedap dan gebu. Resepi Niza ambik dari Dapur Tanpa Sempadan. Blog Dapur Tanpa Sempadan ni memang selalu menjadi sumber rujukan Niza bila memasak. Terima kasih Che Mat sebab menjadi sumber inspirasi pada Niza dalam menyediakan juadah untuk keluarga. Mak Niza memang peminat tegar kek evergreen macam kek butter ni.
Banyak resepi kek Che Mat Niza dah cuba dulu tapi masa tu tak ada pula datang seru nak buat blog sendiri. Kek marble trio memang the best. Trademark CMG mek marble tu. Niza cuba pulak resepi hasil perkongsian Chef Norzailina sebab CMG pun kata gebu.. Sedap..

Kek ni buat dalam kelam kabut bila mak call ajak pergi melawat adik yang baru berpindah ke rumah baru. Mak kata pkl 2 ptg kita jalan.. Niza pun terus keluarkan butter dan google resepi kek butter. Hasilnya memang tak mengecewakan.. Elok siap masak terus bawak masuk kereta dengan loyang2 sekali.. Kami lunch kat rumah adik dan makan kek sebagai desert.. Tak lupa,jeruk mangga asam boi yang tengah meletup sekarang pun ada.. Tapi x sempat nak ambik gambar.. Pkl 3:30ptg kami baru lunch.. Memang dah kebuluran jadinya semua makan mcm x mkn setahun punya lapar.. Haha

Tq CMG dan Chef Norzailina.. Niza letak resepi kat sini pulak.. Semoga Allah murahkan rezeki CMG dan Chef Norzailina..



KEK MARBLE SUSU
resepi: Norzailina Nordin

Bahan-Bahannya :
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

Cara membuatnya :-)

  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..

Monday, 3 November 2014

Resepi 7: Nasi Goreng Daging.. Best Giler

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Nasi goreng ni dimasak untuk sarapan kami sekeluarga pagi Sabtu lepas.. Memang dah lama simpan resepi ini kononnya nak cuba goreng style lain pulak ubah selera.. Jumpa resepi ini hasil pencarian google jugak tapi maaf dah tak ingat link nya.. Maklumlah main copy &paste jer.. Tq pada tuan punya resepi..  Mintak halal ye..Memang sedap kalau makan pedas-pedas tapi memandangkan ada budak-budak Niza dah kurangkan kepedasannya.. 

Kalau ada yang nak cuba buat style lain nasi goreng bolehla cuba resepi ini.



Nasi Goreng Daging

nasi 2 pot
daging ikut suka
kacang buncis
telur 2 biji
serbuk ikan bilis knorr

bahan A (blend)
 bawang besar 2 biji
 Bawang putih 2 ulas
 cili padi(cili padi akar ye, bukan cili padi kampung) 15 biji- niza kurangkan jadi 6 biji sebab anak-anak nak makan


Cara masak:
1. panaskan minyak
2. masukkan bahan blend tadi
3. separuh masak, masukkan daging. daging perlu masa lama untuk masak dan empuk so masukkan awal takpa
4. masukkan pati ikan bilis 1 sudu kecik.
5. dah garing sambal dan daging dah empuk, tolak ketepi sikit, bagi ruang. then pecahkan telur.
6.  kacau dan pecah2kan telur tu.
7. masukkan sayur.
8. masukkan garam secukup rasa
9. gaul sebati
10. Bila sayur dah hampir masak, boleh masukkan nasi. sayur jangan sampai lembek nanti tak best.
n nasi make sure dah diperoikan dahulu baru lawa  dan sedap.
11.  gaul rata dan siap untuk di hidang.





Sunday, 2 November 2014

Resepi 6: Sup Tulang Jangan Pandang Belakang Chef Amer

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Alhamdulillah.. Niza dah cuba resepi yang di kongsi oleh Kak Azlita Masam Manis. Resepi ni Kak Ita dapat dari chef yang tersohor di Malaysia, Chef Amer.. 

Sebenarnya, hari ini Niza dengan jiran-jiran adakan potluck.. Sembang  dengan jiran,Kak Sumi minggu lepas cakap dalam peti ais ada tulang,perut dan lidah dapat masa raya korban aritu.. Dia bagi cadangan kami buat makan-makan.. Main dish untuk potluck kami nasi dan sup tulang.. Niza jadi tuan rumah.. Ada 5 family yang boleh join potluck kami.. Penuh jugak la rumah bila dah ramai..
Sedap betul bila makan berhidang,ramai-ramai pulak tu tak sedar nasi bertambah 2-3 pinggan..

Terima kasih jiran-jiran sebab sudi datang.. Terima kasih juga sebab bawa makanan.. Ada ikan goreng,kari ikan,sambal belacan.. Walaupun simple menu kita tapi bila makan bersama sedap dia lain macam.. Hahaha
Sebagai penutup potluck kami tadi kami pekena kopi O cap hang tuah dan bubur asyura utara style..

Resepi dari blog Kak Azlita masam manis hasil perkongsian dari Chef Amer.. Terima kasih Chef Amer dan Kak Azlita Masam Manis.. Kalau ada yang nak lebih details tentang bahan-bahan yang digunakan boleh la tengok blog Kak Azlita Masam Manis. Siap ada panduan bergambar lagi.. 

Mohon izinkan Niza tepek resepi di sini pulak untuk rujukan buat sup tulang raya korban tahun depan.. Niza buat masih menggunakan semua bahan yang sama tapi sukatan Niza adjust sikit sebab tulang Niza dekat 3kg..


SUP TULANG JANGAN PANDANG BELAKANG
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah
Adaptasi dari blog Kak Azlita Masam Manis

Resepi asal Chef Amer menggunakan sukatan untuk 40 kg tulang lembu. Untuk resepi ini ita dah kurangkan kepada sukatan untuk 1 kg tulang lembu sahaja.

1 kg tulang lembu ~ cuci bersih, Niza rebus dahulu tulang hingga empuk guna periuk Noxxa Amway..Masa merebus tulang jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup.
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar di hiris
1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar 
air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
1 batang lobak merah ~ di dadu
2 biji kentang ~ di dadu
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek

Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah , bawang putih dan halia kisar sekali.
Lobak, celery dan leek kisar sekali
Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti. 
Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
Tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing
Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak
Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus.
Masak lagi hingga garing
Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh campur air untuk jadikan pes.
Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk.
Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang.
Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil
Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
Tutup api dan sedia di hidangkan.