Wednesday, 5 November 2014

Resepi 10: Homemade Kebab.. Our humble dinner..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


" Breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a pauper".. Amboihh,bukan main lagi bermadah.. Hahaha

Dinner yang sangat simple buat anak-anak bila urat 'M' timbul besar sangat.. Walaubagaimana pun,ada perut yang perlu diiisi,tanggungjawab kepada keluarga tetap perlu diutamakan.. Bila suami kata dia kenyang sebab ada jamuan kat office petang semalam dan tak payah masak nasi dalam kepala dah plan nak buat benda yang ringkas, sedap dan tentunya mengenyangkan.. Kebab!! Yes, idea datang.. Xde nak susah payah pergi cari roti pita, roti sosej gardenia Niza guna.. 

Laju bukan main anak-anak makan.. Afif dok cakap sedap- sedap sampai 3 bijik dia makan.. Hah,puas!! Elok pun sebungkus ada 6 biji roti jer.. Sekali hadap selesai.. Dapur pun x bersepah, senang kemas.. Kena cari idea lain lagi yang mudah x perlu susah payah cuci periuk bila sesekali urat baloq liat mai.. Hehehe

Nampak sedap tak?? Yang penting anak-anak suka.. Serius, resepi memang campak-campak aje dengan penggunaan bahan yang sedia ada dalam dapur. 

Sesiapa yang nk buat boleh la cuba resepi ni..

Homemade Kebab

Daging cincang- Niza guna daging biasa, rebus empuk cincang halus-halus
1 biji bawang holand- potong kiub
2 biji tomato- potong kiub
Sos barbeku
Sos tomato
Sos cili
Sedikit oregano
Serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara caranya:
Panaskan minyak
Tumis bawang hingga layu 
Masukkan daging cincang
Bila agak lembut masukkan sos barbeku, sos cili dan sos tomato
Tambah oregano dan lada hitam..
Nak pedas boleh tambah hirisan cili
Seimbangkan rasa masin dan manis..

Belah 2 roti tetapi jangan sampai putus
Niza oles dengan butter dan masak bagi garing sebentar atas pan.


Sumbat inti kebab dalam roti.. Niza letak cheese slice ala-ala sandwich.. Anak-anak nak makan apa ada kisah.. Janji dorang suka.. Lebih sedap kalau ada salad, timun dan carrot yang disagat halus- halus.. Tapi sebab anak-anak x makan Niza punya kebab togel aje la .. Hihihi

Makan dengan sos cili dan mayonis..Ummm.. Terangkat!!


Resepi 9: Mee Jawa.. Betul-betul ngam!!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Mee jawa yang sedap sangat.. Buat seperiuk besar.. Mee kuning guna 2 bungkus.. Habis licin bila suami panggil jiran-jiran datang rumah. Kebetulan jiran-jiran yang tak keluar ke mana-mana weekend kami jemput dtg rumah minum petang.. Saja,sedekah buat makan-makan.. Alhamdulillah, semua puji sedap.. Event makan-makan dah lama jadi dalam bulan lepas rasanya.. Baru hari ni sempat nk share kat sini..

Resepi inspirasi dari blogger tersohor siapa lagi kalau bukan Kak Azlita Masam Manis. Blog masam manis memang sumber rujukan utama Niza bila kebuntuan idea nk cuba resepi apa. Dengan gambar-gambar yang sangat cantik membuatkan resepi tu selalu nampak sangat sedap dan harus dicuba.. Tambah-tambah pulak bila resepi yang pernah dicuba sebelum ni memang serasi dengan tekak Niza.. So bila kak Ita kata sedap, memang sedap betul la tu.. lagi la rasa berkobar-kobar nk godek di dapur sendiri..

Resepi asal dari buku 1 hari 1 resepi. Niza pun ada beli buku resepi ni tapi bila ketandusan idea lupa nk selak buku.. Bila Kak Ita bubuh dalam blog rasa teruja nk buat.. Memang betul la kata orang "Food that looks beautiful does taste better!!! " Semoga Kak Azlita terus berkarya dan menyentuh hati ramai peminat dia termasuk Niza.

Pada yang nak cuba resepi Niza sertakan di bawah.. Boleh juga ke blog Kak  Azlita Masam Manis, gambar-gambar masakan memang terbaik dan nampak menyelerakan. Tq Chef Hanieliza untuk resepi yang betul-betul ngam !!


MEE JAWA

Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A
1 bungkus mee kuning ~ di celur
1 ikat sawi ~ potong dan celur (ita tambah)
1/2 kg daging ~ direbus
1 cawan taugeh
2 tangkai daun bawang di hiris
3 keping tauhu ~ di goreng dan hiris
3 biji telur rebus ~ belah 2
3 biji limau nipis atau limau kasturi
sedikit bawang goreng

Bahan B 
1/2 kg keledek ~ rebus dan kisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
5 biji bawang Merah ~ dikisar
3 batang serai ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
1 inc lengkuas ~ dikisar
1/2 cawan udang kering ~ rendam hingga lembut dan kisar
2 sudu makan cili kering yang telah dikisar
3 sudu makan serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
3 sudu makan minyak masak
1 buku gula Melaka ~ ita tambah
1 kiub daging ~ ita tambah
Garan dan gula secukup rasa

Rebus daging sehingga lembut, kemudian hiris nipis.
Kerana ita guna daging batang pinang, jadi ita tak rebus, ita masukkan daging di dalam kuah terus semasa masak.
Rebus keledek, kemudian kisar halus

Panaskan minyak di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar hingga garing dan harum
masukkan rempah kari dan cili kisar
Masak lagi hingga terbit minyak
Masukkan keledek kisar, gula melaka, kiub daging dan air rebusan daging
Biarkan kuah merenih
Akhirnya masukkan garam dan gula secukup rasa
Angkat dan hidangkan dengan bahan A

Tuesday, 4 November 2014

Resepi 8: Kek Marble Susu.. Super moist dan gebu

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Kek marble susu resepi Chef  Norzailina ni Niza dah cuba dan memang sedap dan gebu. Resepi Niza ambik dari Dapur Tanpa Sempadan. Blog Dapur Tanpa Sempadan ni memang selalu menjadi sumber rujukan Niza bila memasak. Terima kasih Che Mat sebab menjadi sumber inspirasi pada Niza dalam menyediakan juadah untuk keluarga. Mak Niza memang peminat tegar kek evergreen macam kek butter ni.
Banyak resepi kek Che Mat Niza dah cuba dulu tapi masa tu tak ada pula datang seru nak buat blog sendiri. Kek marble trio memang the best. Trademark CMG mek marble tu. Niza cuba pulak resepi hasil perkongsian Chef Norzailina sebab CMG pun kata gebu.. Sedap..

Kek ni buat dalam kelam kabut bila mak call ajak pergi melawat adik yang baru berpindah ke rumah baru. Mak kata pkl 2 ptg kita jalan.. Niza pun terus keluarkan butter dan google resepi kek butter. Hasilnya memang tak mengecewakan.. Elok siap masak terus bawak masuk kereta dengan loyang2 sekali.. Kami lunch kat rumah adik dan makan kek sebagai desert.. Tak lupa,jeruk mangga asam boi yang tengah meletup sekarang pun ada.. Tapi x sempat nak ambik gambar.. Pkl 3:30ptg kami baru lunch.. Memang dah kebuluran jadinya semua makan mcm x mkn setahun punya lapar.. Haha

Tq CMG dan Chef Norzailina.. Niza letak resepi kat sini pulak.. Semoga Allah murahkan rezeki CMG dan Chef Norzailina..



KEK MARBLE SUSU
resepi: Norzailina Nordin

Bahan-Bahannya :
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

Cara membuatnya :-)

  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..